Orang Muda TV http://www.orangmuda.tv Orang Muda TV Mon, 24 Nov 2014 06:03:34 +0000 en-US hourly 1 http://wordpress.org/?v=4.0.1 Kes Culik: Isteri Pasrah Tarikh Bayar Tebusan RM3 Juta Hampir Tamat http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/kes-culik-isteri-pasrah-tarikh-bayar-tebusan-rm3-juta-hampir-tamat/ http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/kes-culik-isteri-pasrah-tarikh-bayar-tebusan-rm3-juta-hampir-tamat/#comments Mon, 24 Nov 2014 06:00:39 +0000 http://www.orangmuda.tv/?p=131773 KOTA KINABALU: Seorang suri rumah, Chin Pek Nyen pasrah dan sudah tidak berdaya melakukan apa-apa menjelang tanggal 30 November, tarikh akhir yang ditetapkan kumpulan Abu Sayyaf untuk dia membayar wang tebusan RM3 juta bagi membebaskan suaminya.

Walaupun kempen dilakukan untuk mencari sumbangan, Pek Nyen, 42, hanya dapat mengumpul  15 peratus daripada jumlah yang diperlukan.

“Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi.

“Tidak ada tanda tentera Filipina menyelamatkan suami saya,” katanya mengenai suaminya Chan Sai Chiun, 32, yang telah diculik oleh lelaki bersenjata Filipina dari sangkar ternakan ikan mereka di Kunak pada 16 Jun lalu.

Militan Abu Sayyaf yang berpangkalan di Jolo, telah mengugut untuk memenggal kepala Sai Chiun dan sentiasa menghubunginya meminta wang tebusan tersebut.

Mereka juga tidak membenarkan Chan untuk bercakap dengannya sejak Julai.

“Ada orang memberitahu saya bahawa mereka hanya mahukan wang. Saya harap tiada apa-apa berlaku kepadanya, “katanya.

Awal bulan ini, Pek Nyen telah pergi ke bangunan Parlimen di Kuala Lumpur di mana dia telah mengadakan satu sidang akhbar dalam usaha mencari bantuan untuk membebaskan suaminya.

“Beritahu saya apa lagi yang perlu saya lakukan? Tunggu? Berapa lama lagi saya boleh menunggu?.”

Pek Nyen berkata, penculik tidak mahu mengurangkan jumlah wang tebusan.

Malaysia, sedang berusaha melalui orang tengah bagi membebaskan Sai Chiun dan konstabel polis Zakiah Aleip, 26, daripada kumpulan lelaki bersenjata yang menculik mereka di lokasi berasingan di Jolo.

Zakiah telah dibawa lari oleh lelaki bersenjata dari Pulau Mabul pada 12 Julai.

Penculiknya telah membuat panggilan kepada rakan-rakannya, menuntut wang tebusan RM3 juta.

Isteri Zakiah, Sharifah Erna Berson, 23, berkata dia tidak bercakap dengan Zakiah selama beberapa bulan kerana kebanyakan komunikasi adalah antara penculik dan anggota polis di sini.

“Saya tidak dapat bercakap dengannya,” katanya.

Dia berharap dapat bersama kembali dengan suaminya tidak lama lagi.

]]>
http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/kes-culik-isteri-pasrah-tarikh-bayar-tebusan-rm3-juta-hampir-tamat/feed/ 0
KDN Jelaskan Bagaimana Pekerja Korea Utara Diambil Bekerja Di Sarawak http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/kdn-jelaskan-bagaimana-pekerja-korea-utara-diambil-bekerja-di-sarawak/ http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/kdn-jelaskan-bagaimana-pekerja-korea-utara-diambil-bekerja-di-sarawak/#comments Mon, 24 Nov 2014 05:00:53 +0000 http://www.orangmuda.tv/?p=131770 MIRI: Berdisiplin, berdedikasi dan tahan lasak adalah alasan mengapa pekerja Korea Utara diupah untuk bekerja di lombong arang batu di Sarawak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pekerja Korea Utara telah dibawa masuk ke Sarawak untuk bekerja melalui perjanjian khas antara Sarawak dan kerajaan Korea Utara.

“Hanya Sarawak mempunyai pekerja Korea Utara (di Malaysia). Ini tidak (dibenarkan) di Semenanjung, ” katanya ketika mengulas mengenai kehadiran puluhan rakyat Korea Utara di sebuah lombong arang batu di bahagian Sri Aman.

Selain daripada 46 warga Korea Utara, 119 pekerja asing di lombong itu datang dari Myanmar (29), Indonesia (19), China (15) dan Bangladesh (10).

Wan Junaidi, yang juga Anggota Parlimen Santubong berkata, Sarawak mempunyai hak untuk mengupah pekerja dari Korea Utara kerana kerajaan negeri mempunyai autonomi ke atas imigresen dan perkara-perkara mengenai buruh.

“Untuk industri seperti perlombongan arang batu, pekerjaan itu adalah sangat berbahaya dan sukar. Lombong boleh mempunyai kedalaman beratus-ratus meter.

“Tiada pekerja tempatan atau dari Sarawak yang berani membuat kerja itu, itulah sebabnya terdapat keperluan mengambil pekerja asing. Dalam sektor perlombongan arang batu, hanya Britain, China dan Korea Utara yang mempunyai pekerja berkemahiran tinggi, ” kata Wan Junaidi.

Menyokong keputusan Sarawak yang mengupah pekerja dari Korea Utara, beliau berkata, tidak ada rekod jenayah yang melibatkan mereka di negeri ini.

Mengenai pekerja yang terbabit dalam letupan pada Sabtu lalu di lombong itu, Wan Junaidi berkata, hasil siasatan menunjukkan bahawa semua pekerja asing mempunyai permit kerja yang sah.

“Kemasukan pekerja ini dikendalikan oleh Jabatan Imigresen dan permit kerja mereka yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak,” katanya.

Wan Junaidi berkata, Malaysia tidak mempunyai isu dengan kewarganegaraan dari ideologi yang berbeza yang bekerja di negara ini asalkan mereka “mempunyai permit bekerja, melakukan kerja dan tidak menyebarkan ideologi”.

“Ramai orang dari negara-negara komunis yang bekerja di negara kita dan berniaga di sini,” katanya.

“Apa yang kita perlukan adalah mereka datang ke sini secara sah, bekerja secara sah dan bebas daripada masalah serta mengikut undang-undang kita.”

]]>
http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/kdn-jelaskan-bagaimana-pekerja-korea-utara-diambil-bekerja-di-sarawak/feed/ 0
Adun Bangi Dipilih Timbalan Speaker DUN Selangor Yang Baharu http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/adun-bangi-dipilih-timbalan-speaker-dun-selangor-yang-baharu/ http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/adun-bangi-dipilih-timbalan-speaker-dun-selangor-yang-baharu/#comments Mon, 24 Nov 2014 04:17:22 +0000 http://www.orangmuda.tv/?p=131767 SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Mohd Shafie Ngah dipilih menjadi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu.

Keputusan itu sekaligus mengenepikan pencalonan Adun DAP dari kawasan Sekincan, Ng Sue Lim bagi merebut jawatan berkenaan.

Mohd Shafie memperoleh 28 undi mengalahkan Ng yang mendapat 14 undi.

Terdapat satu undi rosak dalam pemilihan yang dibuat menerusi kaedah undi sulit itu.

Bagaimanapun 12 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang hadir pada mesyuarat ketiga penggal kedua DUN Selangor yang ke-13 itu mengambil sikap berkecuali apabila tidak turut serta dalam proses pengundian.

Pendirian wakil rakyat BN itu dinyatakan Adun Sungai Burong yang juga Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias.

Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berkata, perkara itu terpulang kepada wakil rakyat BN yang enggan terlibat dalam pemilihan jawatan tersebut.

Kerusi timbalan speaker DUN sebelum ini kosong berikutan penyandangnya, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).

]]>
http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/adun-bangi-dipilih-timbalan-speaker-dun-selangor-yang-baharu/feed/ 0
Aizat Amdan Sedia Bergelar Pelakon http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/aizat-amdan-sedia-bergelar-pelakon/ http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/aizat-amdan-sedia-bergelar-pelakon/#comments Mon, 24 Nov 2014 03:13:50 +0000 http://www.orangmuda.tv/?p=131764 PETALING JAYA: Selepas tujuh tahun membabitkan diri dalam dunia muzik, penyanyi Aizat Amdan kini sudah bersedia untuk mengembangkan bakat ke dalam dunia lakonan pula.

Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan, 25, berkata, sejak terlibat dengan filem Istanbul Aku Datang, dia mula berminat mendalami kerjaya lakonan dan ingin mendalami bidang tersebut.

“Seronok juga berlakon, kerana ia sebahagian dunia seni dalam indutsri hiburan. Tetapi itulah, muka saya tak serupa pelakon. Hahaha..

“Tetapi saya bersedia menerima sebarang tawaran sekiranya ada pihak yang berminat,” katanya.

Tambah Aizat, dia percaya, kerja lakonan juga mampu mengasah bakat seni muzik daripada segi cara penyampaian ketika persembahan dilakukan walaupun muzik dan lakonan adalah dua bidang yang berbeza.

Sementara itu, Aizat memberitahu, dia bakal menerbitkan album ketiganya pula pada tahun depan dan ia kini masih lagi dalam proses pembikinan.

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Susun Silang Kata itu, album tersebut akan memberi kelainan berbanding lagu-lagunya yang pernah diterbitkan sebelum ini.

“Saya sedar, kebanyakan lagu yang dihasilkan sebelum ini tidak sekuat Hanya Kau Yang Mampu, atau Lagu Kita, ketika di awal kemunculan saya.

“Jadi untuk album kali ini saya ingin menghasilkan lagu-lagu yang boleh menimbulkan fenomena seperti dulu, InsyaAllah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aizat juga muncul dengan single lagu baharu berjudul Kembali, sebagai lagu tema drama bersiri Seludup, yang bakal disiarkan bermula 4 Disember depan.

“Apabila peminat mendengar lagu ini, mereka pasti aku terkejut dengan muzik yang saya bawakan yang berkonsep Alternatif Rock, belum pernah saya bawakan lagi. Saya harap mereka menerima lagu tersebut,” tuturnya.

]]>
http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/aizat-amdan-sedia-bergelar-pelakon/feed/ 0
Akim Ungguli Anugerah Komposer Muda Berpotensi MACP http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/akim-ungguli-anugerah-komposer-muda-berpotensi-macp/ http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/akim-ungguli-anugerah-komposer-muda-berpotensi-macp/#comments Mon, 24 Nov 2014 02:30:37 +0000 http://www.orangmuda.tv/?p=131760 KUALA LUMPUR: Undian peminat membolehkan penyanyi dan komposer Akim mengungguli Anugerah Komposer Muda Berpotensi pada malam ulang tahun Jubli Perak Badan Pelindung Hak Cipta Malaysia (MACP) di sini, Ahad malam.

Peminat juga memilih Yuna untuk menerima Anugerah Persembahan Terbanyak bagi kategori lagu Inggeris ‘I Wanna Go’ manakala kategori lagu Melayu dimenangi gandingan Zizan dan Kaka menerusi lagu ‘Bawaku Pergi’.

Mereka adalah antara 11 penerima anugerah MACP termasuk Anugerah Khas kepada Pelesen dan Ejen badan itu bagi menghargai penglibatan mereka.

Syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd pula menerima Anugerah Penerbit Tempatan dengan Pendapatan Terbanyak manakala Syarikat EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd menerima Anugerah Penerbit dengan Pendapatan Terbanyak.

Karyawan terkemuka negara Habsah Hassan memenangi Penulis Lirik dengan Pendapatan Terbanyak sementara anggota KRU iaitu Edry Abd Halim mengungguli anugerah Komposer dengan Pendapatan Terbanyak.

Anugerah lain ialah lagu Cina Persembahan Terbanyak yang dimenangi oleh Fuying dan Sam dengan lagu ‘Fen Kai Yi Hou’, Kategori Pendapatan Luar Negara Tertinggi diungguli Michael Wong dengan lagu ‘Tong Hua’.

Anugerah Lagu Luar Negara Persembahan Terbanyak diberikan kepada lagu ‘I Got A Boy’ nyanyian kumpulan Girl’s Generation dari Korea Selatan dan komposer terkemuka Saari Amri pula dipilih memenangi Anugerah Nadi Cipta.

Anugerah MACP merupakan penghargaan kepada penggiat seni yang banyak menyumbang hasil karya untuk perkembangan industri seni negara.

Hasil royalti yang dikutip oleh MACP adalah daripada persembahan muzik di stesen-stesen televisyen dan radio, konsert, majlis makan malam dan lain-lain organisasi yang dilesenkan oleh badan berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi MACP Habsah Hassan berkata sambutan ulang tahun Jubli Perak MACP membuktikan industri muzik Malaysia berpotensi untuk berkembang.

Sambil meminta anggota-anggota MACP supaya terus menghasilkan karya terbaik, beliau berharap mereka dapat membuktikan anak Malaysia dapat menghasilkan karya-karya bertaraf dunia yang mengharumkan negara.

“MACP juga akan berusaha memastikan anggota kami diberikan bayaran setimpal dengan usaha dan kreativiti mereka,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Naib Pengerusi MACP Ahmad Izham Omar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima. – Bernama

]]>
http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/akim-ungguli-anugerah-komposer-muda-berpotensi-macp/feed/ 0
Struktur Tiang LRT Di Lebuhraya Persekutuan Selamat – Prasarana http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/struktur-tiang-lrt-di-lebuhraya-persekutuan-selamat-prasarana/ http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/struktur-tiang-lrt-di-lebuhraya-persekutuan-selamat-prasarana/#comments Mon, 24 Nov 2014 01:49:20 +0000 http://www.orangmuda.tv/?p=131756 KUALA LUMPUR: Struktur tiang laluan Projek Penyambungan Jajaran LRT di Lebuhraya Persekutuan adalah selamat dan stabil walaupun khabar angin disebarkan dalam media sosial kononnya ia tidak stabil, kata Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).garis panjang sistem bodoh

Prasarana berkata, pihaknya membawa turun kren gantri yang didapati senget petang Sabtu dan ini menyebabkan lalu lintas di Lebuh raya Persekutuan dilencongkan untuk sementara.garis panjang sistem bodoh

“Jurucakap projek berkata kontraktok projek yang menjalankan kerja-kerja persediaan bagi mengangkat galang kotak bersegmen, yang disepatutnya dijalankan lewat petang semalam, mendapati struktur tiang pada kren gantri senget pada tengah hari.garis panjang sistem bodoh

“Keputusan dibuat untuk membawa turun kren pengangkut itu bagi keselamatan orang ramai dan lalu lintas dilencongkan sementara untuk membolehkan kerja-kerja membawa turun kren dijalankan,” kata Prasarana dalam kenyataan pada Ahad.garis panjang sistem bodoh

Menurutnya lalu lintas di Lebuh raya Persekutuan kembali seperti biasa kira-kira 8 malam Ahad.garis panjang sistem bodoh

Sementara itu, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) juga menjelaskan bahawa insiden itu tidak ada kaitan dengan projek MRT.garis panjang sistem bodoh

Dalam kenyataan di sini, (MRT Corp) berkata insiden itu secara khilaf dikaitkan dengan Projek Mass Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT) Jajaran Sungai Buloh-Kajang.garis panjang sistem bodoh

lrt

]]>
http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/struktur-tiang-lrt-di-lebuhraya-persekutuan-selamat-prasarana/feed/ 0
Bahagian Bangkai Pesawat Tiba MH17 Tiba Di Kharkov, Ukraine http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/bahagian-bangkai-pesawat-tiba-mh17-tiba-di-kharkov-ukraine/ http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/bahagian-bangkai-pesawat-tiba-mh17-tiba-di-kharkov-ukraine/#comments Mon, 24 Nov 2014 01:01:47 +0000 http://www.orangmuda.tv/?p=131753 KUALA LUMPUR: Beberapa bahagian bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, yang terlalu besar untuk dibawa dengan kereta api, tiba di Kharkov, Ukraine dengan trak pada Sabtu.

Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) dalam kenyataan melalui laman webnya www.onderzoeksraad.nl berkata serpihan lain yang dikeluarkan dari tapak nahas itu kini dalam perjalanan ke Kharkov, Ukraine, lebih 300 kilometer dari Torez, dengan kereta api.

Kereta api 12 gerabak itu berlepas dari Torez pada pagi Ahad.

“Apabila bangkai pesawat tiba di Kharkov, pengangkutan ke Belanda akan disediakan. Pada ketika ini, tidak dapat dipastikan bila dan bagaimana usaha mengangkutnya akan dijalankan,” katanya.

Pada 17 Julai lepas, penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 298 penumpang dan anak kapal.

Terdapat 193 penumpang warga Belanda dan 44 rakyat Malaysia dalam pesawat itu. Kesemua mangsa warga Malaysia telah dikenal pasti.

DSB berkata, usaha mengeluarkan bangkai pesawat itu dimulakan pada 16 November dan menemui seberapa serpihan di tapak nahas untuk tujuan siasatan.

“Walaupun berdepan kerumitan dan situasi keselamatan setempat, pasukan itu dapat meneruskan usaha seperti dirancang di bawah bimbingan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE),” kata kenyataan itu.

Ia berkata, pasukan itu disokong oleh perkhidmatan tempatan dan usaha itu  dilaksanakan melalui kerjasama yang baik.

Walaupun operasi mengeluarkan bangkai pesawat MH17 sudah selesai, DSB berkata masih ada serpihan di tapak nahas dan perkhidmatan tempatan akan mengeluarkannya dari kawasan nahas seperti dipersetujui oleh pasukan terbabit.

]]>
http://www.orangmuda.tv/2014/11/24/bahagian-bangkai-pesawat-tiba-mh17-tiba-di-kharkov-ukraine/feed/ 0
Kisah pulau ‘kapal perang’ http://www.orangmuda.tv/2014/11/23/kisah-pulau-kapal-perang/ http://www.orangmuda.tv/2014/11/23/kisah-pulau-kapal-perang/#comments Sun, 23 Nov 2014 14:15:57 +0000 http://www.orangmuda.tv/?p=131747 PULAU HASHIMA – JEPUN. Dari jauh kelihatan seperti kapal perang yang siap sedia melancarkan serangan, hakikatnya ia hanyalah salah sebuah dari 505 pulau tidak berpenghuni di Wilayah Nagasaki di Jepun.

Terletak 15 kilometer daripada Nagasaki, Pulau Hashima atau dikenali sebagai Gunkanjima dikatakan menyimpan sejarahnya yang tersendiri.

Ditemui pada tahun 1887, pulau yang didiami oleh 5,259 penduduk ini dibangunkan oleh syarikat Mitsubishi Corporation.

Pulau yang begitu kaya dengan sumber arang batu ini menjadi gemilang pada tahun  1959 dengan pembinaan bangunan serta kemudahan awam yang lengkap.

Oleh kerana ruang daratan yang begitu sempit, pemaju mengambil langkah membina bangunan tinggi untuk didiami pekerja arang batu yang bekerja di pulau tersebut.

Selain itu, kemudahan lain seperti pusat perubatan, bar, panggung wayang dan restoran turut dibina.

Ia menjadikan pulau tersebut sebagai petempatan yang mencatatkan jumlah penduduk paling padat di dunia dengan nisbah 835 orang dalam satu kilometer persegi.

Sebaik berakhirnya Perang Dunia Kedua, kemudahan di pulau tersebut ditambah baik dengan adanya kemudahan kabel, radio dan sebagainya.

Selain itu, penanaman taman-taman dan tanaman sayuran mula diwujudkan di atas bangunan-bangunan tinggi di pulau tersebut.

Namun pada  tahun 1974, penggunaan arang baru mengurang dengan wujudnya sumber tenaga utama dari minyak, menyebabkan lombong di Pulau Hashima ditutup dan penduduk akhirnya mula meninggalkan pulau tersebut.

Kegemilangan pulau mewah ini surut perlahan-lahan. Pulau Hashima dibiar tanpa berpenghuni dan segala-galanya ditinggal sepi begitu sahaja.

Bangunan-bangunan tinggi di pulau tersebut mulai reput, buruk, runtuh dan rosak manakala tumbuh-tumbahan mulai menjalar liar.

Pulau tersebut masih menerima kunjungan daripada pelawat yang mahu menyaksikan sendiri tinggalan bangunan dan runtuhan di sana.

Sehingga kini tiada rancangan dibuat untuk membangunkan semula pulau tersebut.

plauperang

]]>
http://www.orangmuda.tv/2014/11/23/kisah-pulau-kapal-perang/feed/ 0
BR1M Subsidi Fokus Kepada Golongan Sasar – Najib http://www.orangmuda.tv/2014/11/23/br1m-subsidi-fokus-kepada-golongan-sasar-najib/ http://www.orangmuda.tv/2014/11/23/br1m-subsidi-fokus-kepada-golongan-sasar-najib/#comments Sun, 23 Nov 2014 13:15:40 +0000 http://www.orangmuda.tv/?p=131731 KUALA LUMPUR: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah satu bentuk subsidi yang lebih fokus dan terarah untuk golongan sasar berbanding pemberian subsidi pukal seperti subsidi bahan api.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam satu wawancara khas dengan akhbar Mingguan Malaysia yang disiarkan pada Ahad berkata, pemberian bantuan itu membantu kerajaan dalam mengagihkan bantuan kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan.

“Tetapi subsidi sebenarnya banyak membazir dan kita tahu apabila dilakukan BR1M, ini lebih fokus pada golongan sasar. Maknanya subsidi masih ada juga dan minyak itu adalah subsidi.

“BR1M juga adalah subsidi tetapi lebih fokus dan terarah berbanding subsidi pukal. Itu yang saya nak kurangkan untuk elakkan pembaziran,” katanya menjawab soalan pengarang akhbar itu mengenai kritikan tokoh seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mengenai pemberian BR1M.

BR1M ialah polisi yang disasarkan untuk membantu keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan memberikan wang tunai RM500 dan ia diagihkan kepada 4.2 juta isi rumah pada awal tahun 2012.

Akhbar itu memetik Najib, yang juga Presiden Umno sebagai berkata, kerajaan bersikap terbuka dan sedia mengkaji semula pemberian BR1M jika bantuan itu didapati tidak bagus.

“Saya bersikap terbuka dalam soal ini, tetapi ke mana saya pergi pun, orang ramai kata mereka mahukan BR1M malah mereka mahu ditambah lagi jumlahnya.

“Itu reaksi orang dan BR1M ini dibuat bukan kerana mahu beli undi tetapi kerana kita naikkan harga minyak,” katanya.

Menurut laporan akhbar itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan apabila kerajaan mengurangkan subsidi minyak dan harga minyak naik, BR1M menjadi instrumen untuk kurangkan beban rakyat, menjadikan hasil yang diterima kerajaan melalui pengurangan subsidi itu diagihkan kembali kepada rakyat.

Akhbar itu juga melaporkan BR1M bukanlah bukanlah satu dasar yang berterusan dengan memetik Najib sebagai berkata: “Satu hari nanti, bila pendapatan rakyat bertambah, mereka sudah tidak perlukan BR1M lagi.”-mstar.

]]>
http://www.orangmuda.tv/2014/11/23/br1m-subsidi-fokus-kepada-golongan-sasar-najib/feed/ 0
Piala AFF Suzuki- Harimau Malaya Gagal Jinakkan Myanmar http://www.orangmuda.tv/2014/11/23/piala-aff-suzuki-harimau-malaya-gagal-jinakkan-myanmar/ http://www.orangmuda.tv/2014/11/23/piala-aff-suzuki-harimau-malaya-gagal-jinakkan-myanmar/#comments Sun, 23 Nov 2014 12:18:37 +0000 http://www.orangmuda.tv/?p=131750 SINGAPURA- Anak buah Dollah Salleh gagal mengutip  3 mata pertama apabila sekadar seri dengan Myanmar dalam kejohanan Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Stadium Jalan Besar sebentar tadi.

Bermain 10 orang ,apabila pemain tengah negara, Gary Steven Robert mengutip kad kuning kedua pada pertengahan separuh masa pertama merencatkan sedikit perangcangan jurulatih Dollah Salleh.

Kemasukan Safiq Rahim, Baddrol Bakhtiar dan Indra Putra Mahyuddin pada masa kedua gagal membantu skuad negara menghasilkan gol kemenangan yang dicari.

 

]]>
http://www.orangmuda.tv/2014/11/23/piala-aff-suzuki-harimau-malaya-gagal-jinakkan-myanmar/feed/ 0