INDO2

AirAsia QZ8501: Pesawat Terhempas Dalam Tempoh Tiga Minit


JAKARTA: Pesawat AirAsia Indonesia, QZ8501 mengambil masa selama tiga minit sebelum ia terhempas ke Laut Jawa, menurut Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia (NTSC) pada Khamis. Semua anak kapal disahkan mempunyai tauliah untuk terbang dan pesawat berada dalam keadaan baik sebelum ia berlepas dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu, kata Ketua Penyiasat NTSC, Mardjono […]

mh370a

MH370 Diisytihar Kemalangan, 239 Penumpang, Kru Terkorban


PETALING JAYA: Tragedi membabitkan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 diisytiharkan sebagai kemalangan, manakala semua 239 penumpang serta kru dianggap telah terkorban. Pengumuman rasmi kerajaan Malaysia itu disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman menerusi siaran rakaman yang disiarkan di RTM1 pada petang, Khamis. “Selepas 327 […]

Krisis MIC: PM, TPM Campur Tangan


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan campur tangan dalam kemelut dalaman MIC yang dilihat semakin meruncing hingga menjejaskan Barisan Nasional (BN). Muhyiddin berkata, campur tangan itu perlu selepas melihat perkembangan krisis dalaman komponen BN itu seakan sudah tidak terkawal. “Dengan keadaan yang sudah tercetus ini, […]

myeg3

MyEG: Tak Wujud Unsur Penganiayaan Terhadap Pembantu Rumah


PUTRAJAYA: Pengarah MyEG Service Bhd (MyEG), Datuk Mohd Jimmy Wong Abdullah menegaskan tidak wujud unsur penganiayaan terhadap pembantu rumah jika majikan memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) menggunakan kaedah yang dikendalikan syarikat itu. Sebaliknya, beliau menjelaskan, selama ini juga tiada masalah pembantu rumah ‘hilang’ dikesan ketika kaedah permohonan PLKS dilakukan secara manual di kaunter pejabat […]

isteri mangsa mh

Pembatalan Sidang Media Khas MH370 Undang Kemarahan Rakyat


Oleh MZN KUALA LUMPUR- Bukan sahaja media yang hadir di bangunan Podium A Jabatan Penerbangan Awam kecewa kerana pulang dengan tanpa berita, malah rata-rata rakyat Malaysia turut kecewa dengan pembatalan saat akhir sidang media berkenaan. Kekecewaan itu dapat dilihat didalam media sosial Twitter dan Facebook. Berikut antara status dan komen-komen yang dimuat naik oleh rakyat […]

MysteryofMH370newLogo0903

Terkini MH370- Sidang Media Khas Dibatalkan


PUTRAJAYA- Jabatan Penerbangan Awam dalam sebentar tadi mengumumkan pembatalan sidang media khas perkembangan MH370. Pembatalan sidang media khas tersebut mengundang sedikit kekecohan dikalangan pengamal media. Dalam pada itu menurut sumber, pembatalan tersebut dibuat kerana kehadiran beberapa ahli keluarga mangsa didalam dewan tersebut.

MALAYSIAN AIRLINES MISSING

MH370: Maklumat Terkini Kehilangan Pesawat Diumumkan DCA Petang Ini


PETALING JAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengadakan sidang media pada pukul 3.30 petang untuk memberikan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac 2014, hilang daripada radar sejam selepas itu. […]

ZUNAR_I1

Polis Serbu Pejabat Kartunis Zunar


KUALA LUMPUR: Polis menyerbu pejabat kartunis portal dalam talian, Zulkiflee Anwar Alhaque, atau Zunar, dan merampas salinan buku beliau. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata mereka mengunjungi pejabatnya sekitar pukul 10.30 pagi Rabu untuk mengambil kenyataannya. “Dia tidak berada di situ, kami merampas beberapa buah bukunya untuk siasatan. “Kes itu disiasat di […]

dengue03

Perubatan Swasta Gagal Kesan Simptom Denggi Sesi Pertama Perjumpaan – Dr Subramaniam


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mendapati 99 peratus sesi pertama perjumpaan pesakit bersama dengan pengamal perubatan di klinik dan hospital swasta gagal mengesan simptom denggi. Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana laporan kes denggi terus meningkat dan diagnosis awal yang berkesan perlu dilakukan supaya tindakan segera dapat diambil. Berikutan itu, […]

7-Eleven-02

Penjualan minuman keras di 76 kedai serbaneka di Melaka akan dikaji semula


AYER KEROH: Penjualan minuman keras di semua 76 kedai serbaneka di Melaka akan dikaji semula berdasarkan komposisi masyarakat yang tinggal di kawasan sekitarnya. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata jika kedai itu terletak di kawasan mempunyai jumlah penduduk Islam melebihi 90 peratus, pemiliknya perlu menghentikan penjualan minuman berkenaan dengan serta-merta. Katanya, semua pihak berkuasa […]