Pekeliling Bagi 81 Skim Perkhidmatan Awam Dikeluarkan Bulan Depan – KSN

    ali-hamsa

    KUCHING – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa (gambar) berkata satu pekeliling mengenai 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah bajet 2014 akan dikeluarkan bulan depan untuk penjawat awam yang diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan.

    Beliau, yang turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang bersetuju  mengadakan kajian semula skim perkhidmatan awam berkata, ia telah sampai ke peringkat akhir setelah melalui satu proses ketat untuk mendapatkan persetujuan.

    “Semua skim ini kita buat kajian semula dengan melibatkan semua. Kita bermesyuarat dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua setiausaha negara,” katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan serantau Persatuan Pentadbiran Awam dan Pengurusan Komanwel (Capam) 2013.

    Persidangan itu dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala di sini Isnin.

    Ali berharap penjawat awam yang menerima surat tawaran akan mempertimbang dengan baik perubahan skim masing-masing, yang dilaksanakan daripada pelbagai peringkat mulai depan depan.

    Ali, yang juga naib presiden Capam, berkata persidangan serantau itu yang merupakan forum multilateral mengenai pentadbiran awam dalam kalangan negara Komanwel, akan diadakan di Kuala Lumpur tahun depan selepas Kuching, yang dihadiri 336 peserta, yang terdiri daripada anggota Capam dari 15 negara Komanwel, termasuk Malaysia. – BERNAMA.

    Artikel disiar pada 28/10/2013 - 10:34 pm oleh SGBSelangor

    3 Responses to “Pekeliling Bagi 81 Skim Perkhidmatan Awam Dikeluarkan Bulan Depan – KSN”

    1. farouk gaoks says:

      sokong…sokong…harap2 adelah perubahan gred untuk kami di N1….naik ke N17 sekurang kurang nya…………..

      • khairul says:

        dengar cerita ( tak pasti betul atau tidak ) skim N tiada penambahbaikan..betul ke bohong? seandainya tiada alangkah kecewanya kami penjawat awam skim N kerana dianaktirikan.

    2. jimmy says:

      betulkan x ada penambaihbaikan pada golongan gred N…dengar kabar N1 akan di naikkan ke gred N17….klau cam tu N17 nak naik ke gred apa?….dan bagi yang ada di diploma dan ijazah pula nak naik ke gred mana pula…

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube

    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI