#FBP13 : Battle Dance Challenge Hebat

    IMG_4231

    PUTRAJAYA — Masuk hari ke 3 Festival Belia Putrajaya 2013 semakin meriah. Ribuan pengunjung datang membanjiri di sepanjang jalan yang menempatkan segmen-segmen  yang ada di festival ini. Terdapat pelbagai khemah jualan dan booth-booth yang menarik minat pengunjung.  Pelbagai lapisan masyarakat dan umur datang untuk merasakan kehebatan dan kemeriahan sambutan Festival ini yang bersempena sambutan hari belia kebangsaan.

    Manakala dalam segmen-segmen yang ada di Festival ini, terdapat satu Segmen yang dinamakan Perkampungan Warna-Warni Malaysia turut terdapat satu bahagian yang menempatkan himpunan Mahasiswa-mahasiswa. Dengan panggilan Ekspresi Mahasiswa, di sini menawarkan pelbagai khemah dan juga perbagai aktiviti yang dijalankan di sini.

    Antara program yang diadakan adalah program Battle Dance Challenge melibatkan anak muda anak muda yang berbakat besar dalam bidang tarian jalanan atau street dance. Pada petang ini acara saringan telah diadakan dan para juri yang didatangkan khas untuk membuat penilaian dan memilih peserta terbaik untuk membuat persembahan pada malam ini.

    Pelbagai aksi dan pelbagai gaya telah ditunjukkan oleh peserta yang terlibat dan jelas menunjukkan anak muda kita nyata banyak yang berbakat dan nyata hebat-hebat belaka. Pada yang meminati aksi dan gerak tari street dance, jangan melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan mereka pada pusingan akhir pada malam ini. Anda pasti terhibur.

    IMG_4244

    IMG_4286

    IMG_4294

    IMG_4299

    IMG_4304

    Artikel disiar pada 25/05/2013 - 9:00 pm oleh SGB-PERAK-EDDY

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube

    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI