KL, Manila Anggap Pencerobohan Bersenjata Sulu Sebagai Pengganas

    lahad datu sulu

    KUALA LUMPUR: Malaysia menganggap penceroboh bersenjata Sulu yang membunuh lapan anggota keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, sebagai pengganas, dan ini turut dikongsi Setiausaha LuarFilipina Albert F. Del Rosario.

    “Setiausaha Rosario bersetuju kumpulan ini patut dilabelkan sebagai pengganas,” kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan, Selasa.

    Kedua-dua mereka mengadakan pertemuan di ibu negara Malaysia ini malam tadi untuk membincangkan perkembangan yang berlaku di kedua-dua pekan di Sabah itu.

    “Kita menghargai pendirian kerajaan Filipina dan Presiden Benigno Aquino yang menggesa kumpulan Sulu itu menyerah diri dan pulang kepada keluarga dan rumah masing-masing di Filipina.

    “Kumpulan itu bagaimanapun memilih untuk mengabaikan seruan itu,” kataMenteri Luar Malaysia itu.

    Mengenai hasrat Manila supaya anggota kumpulan itu didakwa di mahkamahFilipina, Anifah berkata Malaysia perlu mendapatkan penjelasan mengenaiundang-undang yang mereka akan didakwa, dan untuk undang-undang itu dikaji olehPeguam Negara Malaysia.

    “Setiausaha Rosario memberi jaminan bahawa kerajaan Filipina akan membawakumpulan Sulu yang terlibat dengan keganasan di Lahad Datu dan Semporna ke mukapengadilan dan dikenakan tindakan undang-undang.

    “Saya juga menekankan bahawa tindakan perlu dikenakan terhadap Jamalul Kiramke atas pelbagai kenyataan beliau yang membangkitkan perasaan kebencian dankemarahan,” kata Anifah yang merujuk kepada Jamalul Kiram yang mendakwa kononnyabeliau ‘Sultan Sulu’.

    Katanya Rosario memaklumkan kepadanya bahawa kerajaan Filipina mengecam tindakan penceroboh tersebut.

    “Beliau memanjangkan ucapan takziah kepada anggota keluarga keselamatan yangterkorban dan juga kepada rakyat Malaysia,” katanya.-BERNAMA

    Artikel disiar pada 06/03/2013 - 12:07 am oleh EDITOR

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube
    Recent Posts
    @PortalSGB_



    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI