PKR Rampas Kerusi PAS Di Labuan?

Editor: 0a60a4xx | Diterbitkan pada: 1 March 2013
Kategori: SUARA ANAK MUDA | Add Comment »

PKR

LABUAN-PAS Labuan semakin dalam delima bila rakan sekutunya PKR seakan-akan mahu menggantikan mereka untuk bertanding pada PRU kali ini. Walaupun sebelum ini 3 PRU yang lepas Kerusi Parlimen P166 Labuan ditandingi oleh PAS.

Ingauan ngeri ini semakin menjadi kenyataan bila setiap program-program yang diadakan oleh PKR, tidak kelihatan kelibat Pemimpin-Pemimpin PAS yang hadir. Bahkan ada masanya Pemimpin-Pemimpin PAS sahaja yang dilihat cuba mendekati rakyat dalam dekat-dekat PRU ini.

Bukan itu saja, Malahan bila kehadiran Ketua Pembangkang Anuar Ibrahim ke Labuan baru-baru ini telah cuba memperlihatkan segalanya. Bila kehadiran beliau cuma disambut oleh Pemimpin dan penyokong-penyokong PKR. Adalah amat mustahil, Pemimpin yang mereka agungkan dalam Pakatan yang dicanang mahu menjadi Perdana Menteri seperti tidak dihargai Kehadirannya di Labuan.

Mujurlah malam diadakan Ceramah Umum di Dewan salah sebuah sekolah Cina memperlihatkan kelibat Pemimpin-Pemimpin PAS. Itupun kehadiran mereka dalam program ini seakan dinafikan pernanan mereka bila mereka hanya ditempatkan duduk bersama orang ramai di kerusi bawah.

Berbanding dengan Pemimpin-Pemimpin PKR yang hampir kesemuanya duduk di Pentas Utama dengan Pemimpin mereka dari Sabah dan Semenanjung. Bahkan tiada wakil dari Kepimpinan PAS yang diberikan peluang untuk memberikan Ucapan.

Disebelah pihak rakan sekutu mereka yang satu lagi, iaitu DAP pastinya cuba untuk memastikan yang PAS tidak akan bertanding kali ini. Ini dapat dilihat bila akaun DAP Labuan dalam facebook selalu menafikan yang kerusi Pru kali ini akan dirampas oleh pihak PKR. Seandainya jika berlaku lagi yang PAS masih bertanding tidak mustahil mereka akan keluar sebagai calon Bebas.

Itulah realiit dan kebenaran yang berlaku menimpa Pakatan Pembangkang di Labuan. Walaupun mereka cuba menyembunyikan dan menafikannya sebelum ini. Akan tetapi kelemahan dan keburukan itu pasti akan terdedah juga. Ibarat Kata Pepatah
“Bangkai gajah tidak akan dapat ditutup dengan daun pisang”

45849_163030530516305_2047733248_n
Tiada seorang pun Pemimpin PAS yang duduk di pentas utama

17649_162575530561805_805075035_n
Pemimpin-Pemimpin PAS hanya ditempatkan dikalangan orang ramai

538264_163057897180235_720643207_n
Rata-ratanya hanya Pemimpin PKR yang diraikan…

Leave a Reply