Showcase Anak Muda Selangor di Gombak

    487928_573896115971346_833968745_n

    426051_573521716008786_326913689_n

    485196_573517826009175_351521813_n

    551535_573522142675410_435005561_n

    555773_573513896009568_1429018546_n

     

    65579_573896065971351_1724547063_n

     

    154876_573896162638008_889904070_n

     

    184382_573896069304684_1742323115_n

    GOMBAK – Showcase Anak Muda yang berlangsung di Parlimen Gombak pada Ahad lalu telah menyuntik semangat golongan belia dalam menyumbang tenaga bersempena dengan Projek Palestine dan Kempen Bebas Dadah. Showcase dibawah anjuran Majlis Belia Selangor dan 1Malaysia For Youth (1M4U) itu telah mendapat sambutan luar biasa kerana ramai yang memenuhi perkarangan bangunan Parlimen Gombak sejak awal pagi.

    Program ini menjadi platform kepada golongan belia bagi menunjukkan bakat masing-masing. Terdapat kumpulan pemuzik atau band yang baru yang ingin mengetengahkan bakat mereka dengan cara ini. Disamping itu mereka memberi persembahan yang terbaik kepada pengunjung yang datang.

    Pengisian utama program ini adalah Projek Palestine dimana para pengunjung telah berpeluang menyaksikan sendiri tayangan video Misi Mavi Marmara pada 2010 yang telah diserang tentera Israel ketika membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Projek ini juga menyediakan tabung bantuan kemanusiaan bagi membolehkan pengunjung menyalurkan sumbangan mereka untuk membantu rakyat Palestine. Turut diadakan tazkirah dari pejuang Palestine yang membuatkan pengunjung sedar tentang kesusahan saudara seagama dan menginsafkan golongan belia serta mengajar erti bersyukur dengan kehidupan di Malaysia yang dinikmati sekarang.

    Program Showcase Anak Muda ini telah memberi kebaikan terutamanya kepada golongan muda untuk mengisi masa lapang mereka disamping mesej yang ingin disampaikan menerusi pelbagai penyertaan pelbagai booth pada hari tersebut. Terutamanya mesej berkenaan penyalahgunaan dadah yang disampaikan menerusi tarian oleh golongan belia sendiri. Program ini juga menjadi satu asas yang sesuai untuk golongan belia bertukar fikiran dan mendapatkan maklumat yang berfaedah.

    Lebih kurang 60 gerai jualan disediakan di tapak program seperti jualan makanan, pakaian dan aksesori. Terdapat juga kiosk yang dibuka oleh Puteri UMNO yang membolehkan pengunjung menyemak daftar pemilih dan mendaftar ahli baru. Program yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat ini harap berterusan dan dapat dikembangkan kerana ianya menepati cita rasa golongan belia.

    Artikel disiar pada 20/02/2013 - 10:19 pm oleh SGBSELANGOR_NAHAR

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube
    Recent Posts
    @PortalSGB_



    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI