BN Youth Job Fair Di Empat Negeri Sepanjang 2013

Editor: EDITOR | Diterbitkan pada: 28 January 2013
Kategori: BERITA | Add Comment »



KUALA LUMPUR — Pemuda Barisan Nasional (BN) akan meneruskan penganjuran BN Youth Job Fair di empat lokasi terpilih pada tahun ini berikutan sambutan hangat yang diterima pada setiap penganjuran sebelum ini.

Pengerusi Sekretariat BN Youth Job Fair Nazir Hussin Akhtar Hussin dalam satu kenyataan hari ini berkata karnival kerjaya itu akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah pada 31 Jan hingga 1 Feb ini.

Lokasi kedua ialah Dewan Millenium di Terengganu Trade Centre pada 22 dan 23 Feb diikuti Dewan Masyarakat Tawau, Sabah pada 2 hingga 3 Mac dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur bagi menutup tirai 2013.

“Para graduan yang masih tercari-cari peluang pekerjaan mahupun yang sudah bekerja dijemput ke karnival kerjaya sepanjang tahun ini,” katanya.

Majikan yang berminat untuk memeriahkan karnival itu boleh menghubungi pihak sekretariat dengan melayari laman sesawang www.bnyouthjobfair.my.

Nazir Hussin juga berkata sokongan pihak majikan memainkan peranan besar dalam pembangunan ekonomi negara.

BN Youth Job Fair 2012 yang berlangsung di PWTC November lepas menerima sambutan sangat menggalakkan apabila berjaya menarik 120,000 pengunjung dengan lebih 100,000 resume diterima.

— BERNAMA

Leave a Reply