Piala FA Inggeris : Oldman Athletic Singkir Liverpool

Oleh: EDITOR | 28 January 2013 SUKAN| Add Comment »



PASUKAN Liverpool tersingkir pada saingan Piala FA Inggeris selepas tumpas 3-2 kepada kelab Liga Satu, Oldham Athletic dalam aksi pusingan keempat di Boundary Park, Ahad.

Oldham yang pernah mara ke separuh akhir Piala FA pada 1994, bermula garang dengan menjaringkan gol pertama seawal minit ketiga melalui tandukan Matt Smith hasil hantaran sebelah kiri oleh Youssouf M’Changama.

Bagaimanapun The Reds menyamakan kedudukan pada minit ke-17 menerusi pengganti kapten, Luis Suarez namun Smith sekali lagi menjadi punca bagi gol kedua pada minit ke-45 perlawanan.

Sementara itu, pada babak kedua menyaksikan tandukan cantik Reece Wabara ke arah gol bagi mengukuhkan kedudukan untuk mencatat gol ketiga pada minit ke-48.

Liverpool cuba mengejar untuk bagi merapatkan jurang gol, namun agak terlambat buat anak buat Brendan Rodgers itu walaupun Joe Allen berjaya menjaringkan gol kedua pasukan itu.

Oldham bakal meneruskan aksin pusingan kelima dengan bertemu Everton pada pusingan kelima nanti.

SENARAI PEMAIN

Oldham: Bouzanis, Wabara, Byrne, Mvoto, Grounds, Croft, Wesolowski, M’Changama, Simpson, Baxter, Smith. (Simpanan): Cisak, Brown, Winchester, Tarkowski, Sutherland, Mellor, Taylor.

Liverpool:Jones, Wisdom, Robinson, Coates, Skrtel, Allen, Henderson, Sterling, Borini, Sturridge, Suarez. (Simpanan) : Gulacsi, Carragher, Shelvey, Lucas, Downing, Gerrard, Suso.

Sumber-Mstar Online

Leave a Reply