Walcott Selamatkan Gunners

    ENGLAND — Theo Walcott menjaringkan gol ketiga sebagai pemain gantian dalam perlawanan pusingan ke lima Piala FA bersama Brighton.

    Pengurus Arsene Wenger telah melakukan beberapa pertukaran yang terbukti berbaloi apabila pasukan mengalahkan Brighton 3-2 pada akhir perlawanan.

    Walaupun telah menang 5-1 ke atas West Ham dalam perlawanan Liga Perdana Barclays pada malam Rabu, pasukan Gunners kelihatan terkial-kial untuk mengatasi pasukan lawan yang berjaya menyamakan kedudukan untuk dua kali.

    Olivier Giroud membawa pasukan pelawat ke depan pada minit ke 16 sebelum Ashley Barnes memberikan tandukan kencang untuk menyamakan kedudukan.

    Giroud menambahkan mata pada babak kedua namun pasukan Seagulls membalas balik dengan tandukan dari penyerang Argentina Leonardo Ulloa. Pemain baru itu telah berpindah dari Almeria dan sedang beraksi dalam penampilan pertama di kelab baru.

    Arsenal turut mengakhiri perlawanan hasil usaha Walcott pada lima minit terakhir.

    Pasukan tuan rumah telah memulakan perlawanan dengan penuh semangat tetapi percubaan Barnes dipesong keluar oleh penjaga gol Wojciech Szczesny.

    Lukas Podolski kekal meyerlah dan telah mengukirkan peluang di luar kotak penalti untuk membantu Giroud yang terus membuka tirai perlawanan.

    Ia merupakan jaringan gol ketiga bagi Giroud pada minggu ini.

    Brighton enggan berputus asa dan telah banyak mencabar pasukan pelawat di bek kanan apabila Ulloa memberikan tendangan jarak dekat sebelum dihalang oleh benteng pertahanan.

    Pasukan Seagulls hampir menyamakan kedudukan apabila Inigo Calderon merampaskan bola dari Andre Santos dan bergegas ke depan untuk melakukan cubaan. Szczesny menampar bola ke arah Ulloa yang terus menolak bola masuk gawang dengan mudah sebelum ia dikatakan ofsaid.

    Harapan para penyokong tuan rumah dipenuhi apabila pasukan menyamakan kedudukan pada minit ke 33. Barnes berjaya mengatasi kubu pertahanan dan memberikan tandukan kencang untuk melulusi Szczesny.

    Kapten Gordon Greer kemudian tempang keluar padang akibat kecederaan betis dan digantikan oleh Gary Dickner.

    Pada awal separuh masa kedua, pemain pertahanan Arsenal Carl Jenkinson menciptakan peluang di bek kanan setelah dibantu oleh Rosicky namun percubaan beliau dinafikan oleh penjaga gol Brighton Casper Ankergren.

    Oxlade-Chamberlain dikasari oleh Adam El-Abd pada minit ke 52 dan diberikan sepakan penalti namun tendangan Podolski tidak menemui sasaran.

    Arsenal menambahkan mata hasil usaha Giroud sekali lagi pada minit ke 56.

    Diaby memberikan umpanan kepada pemain Perancis itu untuk menjaringkan gol jarak dekat.

    Giroud hampir mencatatkan hatrik setelah umpanan Rosicky berjaya melulusi benteng pertahanan Brighton namun penjaga gol itu memesong hantaran beliau.

    Brighton membalas balik dengan gol penyamaan yang kedua pada minit ke 62.

    Szczesny gagal menghalang tandukan kencang oleh pemain baru Ulloa.

    Wenger kemudian menurunkan Walcott dan Jack Wilshere untuk menggantikan Rosicky dan Oxlade-Chamberlain.

    Walcott berjaya menyempurnakan tendangan sudut pada minit ke 85 sekaligus membawa pasukan Gunners ke pusingan seterusnya.

    - ESPNStar

    Artikel disiar pada 27/01/2013 - 9:00 am oleh EDITOR

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube

    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI