Piala FA: QPR Rebah Sekali Lagi

    ENGLANG — QPR rebah sekali lagi apabila pasukan disingkir oleh MK Dons 4-2 dalam perlawanan Piala FA di Loftus Road.

    Pengurus Harry Redknapp mengakui bahawa pertandingan bukan utama dalam program peningkatan di kelab sambil menantikan pertemuan bersama Manchester City pada hari Selasa.

    Namun, beliau tetap dikejutkan dengan persembahan pasukan yang kurang memuaskan pada petang itu.

    Walaupun telah melakukan sembilan perubahan, kelab corot Liga Perdana itu tetap ketinggalan pada minit ke empat setelah Armand Traore menjaringkan gol sendiri.

    QPR berjaya menguasai separuh masa pertama namun tidak mampu memanfaatkan kelebihan itu apabila Ryan Lowe menyumbang gol kedua pada sesaat terakhir.

    Pasukan bimbingan Karl Robinson itu kekal menyerlah dan mencatatkan dua gol lagi untuk melayakkan diri ke tempat 16 teratas dengan penuh gaya.

    Pemain gantian Ryan Harley hampir menjaringkan gol jarak dekat pada awal babak kedua sebelum Darren Potter menambahkan mata bagi pasukan Dons.

    Para penyokong QPR kelihatan hampa walaupun telah bersorak apabila Jay Bothroyd dan Fabio menyamakan kedudukan sebelum itu.

    - ESPNStar

    Artikel disiar pada 27/01/2013 - 9:00 am oleh EDITOR

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube
    Recent Posts
    @PortalSGB_



    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI