Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) Bukti Pemuda BN Prihatin Dengan Anak Muda

    YB Khairy Jamaluddin,Ketua Pergerakkan Pemuda Umno Malaysia  memerhatikan belia mengisi borang BL1M di Kg.Gelugor Kedai, Terengganu

    KUALA TERENGGANU — Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) adalah pendekatan politik khidmat bakti Pemuda BN kepada belia-belia yang tidak memiliki Lesen Motosikal kerana hanya Lesen Motosikal sahaja yang diperuntukkan dalam program ini.

    Tujuan Skim ini adalah bertujuan untuk membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemah.

    Antara syarat kelayakan bagi program ini ialah peserta mestilah warganegara Malaysia yang berumur dari 17 tahun hingga 40 tahun dan tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu.

    Peserta mestilah menepati kriteria yang ditetapkan oleh penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Peserta hanya dikenakan ke yuran sebanyak RM199.00 yang akan dibayar secara Money Order pada My E.G. Services Berhad.

    Matlamat Pemuda BN adalah membantu menyelesaikan masalah anak-anak muda sekarang memandangkan lebih 200,000 penunggang motorsikal tidak mempunyai lesen manakan 70 peratus kes kemalangan pula melibatkan kenderaan motorsikal.Ini juga adalah manifestasi janji ditepati dari Pemuda UMNO dan BN yang bertunjangkan isu dan tindakan berupa penyelesaian hakiki buat anak muda kini.

    Belia yang berminat boleh la melayari laman web BL1M iaitu www.bl1m.my dan www.myeg.com.my atau hubungi talian 03-78018888 atau pejabat Pemuda BN seluruh negara.

    Diharapkan dengan adanya Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) dapat membantu belia yang kurang berkemampuan untuk memiliki lesen dan dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.

    DSC_0221 (640x428)

    Belia berpeluang mengisi borang BL1M di Program Pra Pendaftaran BL1M di Kg.Gelugor Kedai ,Terengganu

    Artikel disiar pada 27/01/2013 - 12:21 pm oleh omey

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube

    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI