Kes Dengan Pengutip Bola Disiasat

    LONDON — Persatuan Bola Sepak (FA) akan menyiasat insiden Hazard dan pengutip bola yang berlaku dalam pertemuan di Swansea pada malam Rabu.

    Pemain antarabangsa Belgium itu dibuang padang oleh pengadil Chris Foy setelah beliau hilang sabar pada sesaat terakhir dalam pertemuan Piala Capital One di Stadium Liberty.

    Pengutip bola Charlie Morgan enggan memberikan bola kepada beliau setelah ia ditendang keluar padang.

    Morgan rebah ke atas bola sementara Hazard cuba merampaskan bola itu dengan menendang bola di bawah tubuh beliau. Namun, penyerang itu tidak menyedari bahawa beliau telah menendang pengutip bola itu secara tidak sengaja.

    Hazard terlepas dari sebarang tindakan ke atas kelakuan beliau setelah Morgan dan bapa beliau, pengerusi Swansea dan pemilik hotel Martin enggan meletakkan aduan.

    Namun, Persatuan Akhbar Sukan telah menggesa FA untuk mengkaji insiden itu.

    Hazard digantung selama tiga perlawanan tetapi hukuman akan tambah berat jika beliau didapat bersalah oleh FA.

    Sementara itu, bekas pemain sayap Chelsea Pat Nevin menyatakan bahawa beliau akan melakukan yang sama dan telah mengkritik sikap Morgan dalam perlawanan.

    Nevin memberitahu BBC Radio Five Live: “Saya akan akan cuba menendang bola dari bawah tubuh pengutip bola jika beliau rebah ke atas bola. Saya akan melakukan sedemikian seratus peratus.

    “Saya amat kecewa dengan sikap pengutip bola itu.

    “Beliau tentu sedang memerhatikan pemain di atas padang dan telah beraksi teatrikal dengan kecederaan.

    “Beliau hanya mempunyai satu tugas, iaitu mengambil bola yang ditendang keluar padang dan memberikan bola itu kepada pemain di atas padang. Namun, beliau enggan memberikan bola dan ia telah megejutkan saya bahawa beliau berusia 17 tahun.

    “Beliau patut sedar akan kesilapan beliau dalam situasi seperti itu. Sikap beliau amat mengecewakan.”

    - ESPNStar

    Artikel disiar pada 25/01/2013 - 4:20 pm oleh EDITOR

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube
    Recent Posts
    @PortalSGB_



    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI