Zaha Serta Ujian Kecergasan Di United

    MANCHESTER — Wilfried Zaha akan melalui rundingan kontrak dan ujian kecergasan bersama Manchester United dalam tempoh 48 jam akan datang.

    United diizinkan untuk bertemu pemain antarabangsa England itu yang sedang beraksi untuk kelab Crystal Palace.

    Persatuan Akhbar Sukan juga mengumumkan bahawa pemain itu akan berkunjung ke Old Trafford bersama ejen Will Salthouse untuk menandatangani kontrak.

    Ia difahamkan bahawa pemain yang berusia 20 tahun itu akan dipinjamkan ke Palace sehingga akhir musim ini.

    Sir Alex Ferguson tertarik dengan Zaha dan telah menyaksikan beliau dalam perlawanan Piala FA dalam pusingan ke tiga di Stooke.

    Pembantu Fersuon, Mike Phelan juga telah ke Burnley untuk menyaksikan perlawanan beliau.

    Setelah pengurus Arsenal Arsene Wenger mengesahkan bahawa pasukan Gunners tidak akan menawarkan kontrak kepada pemain muda itu, ia dikatakan bahawa United kini mempunyai lebih peluang untuk menerima perkhidmatan beliau.

    Rundingan kontrak terpaksa ditangguhkan apabila pasukan Red Devils gagal menyelesaikan kontrak beliau memandangkan Crystal Palace ingin mengekalkan beliau di kelab sehingga akhir musim.

    Pasukan telah melakukan yang sama dengan Chris Smalling yang sedang beraksi ntuk Fulham pada dua tahun yang lalu dan telah membenarkan pemain itu untuk mengakhiri musim di Craven Cottage sebelum berpindah ke Old Trafford.

    Walaubagaimanapun, masalah diselesaikan dan kontrak akan diberikan sebelum hujung minggu ini.

    Zaha dilahirkan di Ivory Coast sebelum beliau ke England bersama keluarga apabila beliau berusia empat tahun.

    Beliau amat menyerlah dalam sukan bola sepak dan berjaya menyertai pasukan belia Palace sebelum melakukan penampilan pertama dalam perlawanan bersama Cardiff pada March 2010.

    Zaha turut meningkat sebagai pemain tama dalam kesebelasan pasukan Palace dan pengurus Ian Holloway telah menegaskan bahawa beliau kekal di kelab sehingga akhir musim ini.

    Prestasi beliau di kelab telah menarik perhatian Roy Hodgson yang telah menurunkan pemain itu dalam perlawanan bersama Sweden pada November lalu.

    Setelah mewakili England di peringkat belia, Hodgson agak optimistik bahawa Zaha mempunyai masa depan yang cerah bersama pasukan Three Lions walaupun beliau mampu mewakili pasukan kebangsaan Ivory Coast juga.

    - ESPNStar

    Artikel disiar pada 25/01/2013 - 4:19 pm oleh EDITOR

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube
    Recent Posts
    @PortalSGB_



    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI