Pemuda UMNO Labuan Adakan Lawatan Kerja Ke Sabah

Oleh: 0a60a4xx | 25 January 2013 BERITA SGB| Add Comment »



LABUAN — Seramai 50 orang ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian, Ketua Pemuda Cawangan dan ahli-ahli Pergerakan Pemuda telah menyertai lawatan kerja ke beberapa daerah di Negeri Sabah.

Program yang akan menjelajah ke sekitar kawasan Keningau, Tenom dan Tambunan ini akan diisi dengan pelbagai program dan aktiviti di sepanjang tempat yang dikunjungi. Antara pengisian yang diadakan seperti perlawanan persahabatan yang melibatkan pertandingan bola sepak, badminton, sepak takraw.

Selain itu program berbentuk amal seperti penyerahan bantuan kepada yang memerlukan turut diadakan.

Menurut ketua rombongan, Saudara Mohd. Raffi Ali Hassan yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian berkata, lawatan kerja ini sebagai satu pendedahan kepada seluruh kepimpinan dan ahlinya sebagai persediaan dan persiapan menjelang pilihanraya akan datang.

Tambahnya lagi selain dari pelbagai acara yang diaturkan, lawatan ini juga memberi peluang kepada peserta untuk melihat sendiri kehidupan rakan seperjuangan di kawasan pendalaman.

Program yang bermula pada hari ini sehingga 27 januari ini juga turut mengunjungi beberapa pemimpin tempatan Sabah dan mengadakan aktiviti water raffting di Sungai Kiulu Tuaran Sabah. Konvoi rombongan telah dilepaskan pagi tadi oleh Ahli Parlimen Labuan merangkap Pengerusi BN Labuan, YB Datuk Hj. Yussof Hj. Mahal di Terminal Feri pengangkutan Labuan.

Turut hadir di majlis perlepasan ialah Naib Ketua UMNO Bahagian, Setiausaha Bahagian serta ketua-ketua kampung dan ketua cawangan UMNO di Labuan.

Leave a Reply