PAS Kedah Khianati Amanah Pengundi?

    Pas sering menuding jari pada Umno kononnya tak buat itu dan ini, tak hapus itu dan ini. Tetapi setelah berkuasa seperti di Kedah, MB Pas pun tak sanggup hapus judi, tempat hiburan dan minuman keras. Pusat karokae tumbuh bagai cendawan, bukan sahaja dibandar besar, pekan kecil pun telah wujud. Siapa pengunjungnya kalau tidak remaja Melayu. Pemerintah BN/Umno keluarkan lesen judi, pimpinan Pas tuduh berbagai. Umpamanya berkaitan isu judi bola sepak piala dunia tahun 2010.

    Pimpinan PAS menyeru ratusan ribu umat Islam untuk himpunan bagi membantah Kerajaan pusat keluarkan lesen judi bola piala dunia. Banner di gantung merata tempat dan masjid menunjukkan protes sikap pemerintah. Tidakkah terfikir tempoh perlawanan bola sepak itu hanya satu bulan, sedangkan lesen judi di Kedah bertahun tempoh hayatnya, tetapi tidak diharamkan. Tidak ada pula piket orang Pas bantah MB mereka. Apakah kerana ianya di perintah oleh Pas, automatik judi itu jadi halal?

    Setiap Adun, Ahli Parlimen, Senator, Menteri Besar, Exco dan pegawai kanan Kerajaan Negeri juga Ahli Majlis Daerah yang di kuasai Pas, sedia maklum yang mereka berada di kedudukan sekarang atas tiket parti Islam. Bukan menang atas tiket calon bebas atau atas batang tubuh masing-masing. Sebelum menang, tentu ada pada benak hati masing-masing untuk menjadi wakil rakyat terbaik mungkin.

    Sebagai wakil rakyat kepada sebuah parti yang berjuang semata-mata untuk Islam. Maka, satu sen dari wang elaun sebagai tok wakil itu, jika dibazirkan, disalahgunakan untuk kepentingan yang melampau, ianya satu dosa. Apa lagi, bila wang itu ada kaitan dengan hak rakyat. Pastinya tidak wajar untuk mengambil kesempatan mengaut atau mengumpul kekayaan setelah bergelar YB. Waktu itu mungkin tak terbayang lagi untuk hidup mewah dengan kereta baru, rumah baru, isteri baru dan segalanya baru.

    Sewaktu berkempen pilihanraya jadual program calon siang dan malam cukup padat. Hingga tidur pun sehari dua tiga jam sahaja demi bekerja keras untuk memenangkan parti. Dalam tempoh berkempen itu, kalau ada majlis kenduri dalam DUN atau kawasan Parlimen, lebih dari sepuluh tempat, tetap akan dihadiri. Letih lesu, panas badan, selsema atau demam sikit-sikit itu hal kecil sahaja.

    Apa yang penting, hadir majlis, tunjuk muka pada pengundi. Ceramah paling kurang sebelah malam tiga empat tempat. Esok pagi kuliah subuh, lepas itu lawatan ke pasar besar, pasar tani, majlis bersama rakyat. Petang pula majlis bersama pengundi, majlis bersama kaum Cina, India dan lain-lain. Malam, lepas maghrib jamuan makan bersama rakyat atau pengundi, kemudian ceramah.

    Begitulah padatnya program. Rumah, bilik tidur, isteri dan anak-anak diketepikan buat sementara. Habis duit, habis masa, habis tenaga, meninggalkan kerja, meninggalkan kuliah, tempat tidur pun tak peduli sangat sama ada panas atau banyak nyamuk, tanpa tilam bantal pun tak apa. Letih hingga tertidur dalam kereta juga tak mengapa. Semua ini tak menjadi hal. Pokoknya, mesti berkorban untuk parti, untuk Islam yang diperjuangkan Pas. Tidak pernah ada cita-cita untuk khianat pada parti setelah bergelar YB.

    Artikel disiar pada 27/01/2013 - 12:13 pm oleh SGBSelangor

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube

    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI