Muhyiddin Ucap Takziah Kepada Keluarga Mendiang Chong

    KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman mengucapkan takziah kepada keluarga Chong Chung Ngen, rakyat Malaysia yang terkorban dalam insiden tebusan di Algeria.

    “Kami berharap mereka bersabar dalam menghadapi dugaan ini,” kata Muhyiddin dalam kenyataan hari Khamis.

    Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata seorang rakyat Malaysia yang dilapor hilang semasa kejadian itu, disahkan terbunuh oleh Kedutaan Besar Malaysia di Algiers, manakala nasib seorang lagi belum diketahui.

    Anifah berkata keluarga mendiang Chong telah dimaklum mengenai berita itu, dan kedutaan sedang bekerjasama dengan syarikat JGC Construction Pte Ltd dalam menguruskan proses membawa pulang mayat mendiang ke Malaysia.

    Serangan militan ke atas kompleks minyak dan gas di In Amenas, Algeria itu dipercayai berpunca daripada balas dendam terhadap tindakan kerajaan Algeria membenarkan ruang udaranya diguna pesawat tempur Perancis untuk menyerang pemberontak Islam di Mali.

    — BERNAMA

    Artikel disiar pada 25/01/2013 - 9:00 am oleh EDITOR

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube
    Recent Posts
    @PortalSGB_



    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI