Sambutan Maulidur Rasul Melaka : Kembali Ke Sunnah

Editor: Hafiz | Diterbitkan pada: 25 January 2013
Kategori: BERITA SGB | Add Comment »



BANDAR HILIR – Sambutan Maulidur Rasul Tahun Peringkat Negeri Melaka 1434H / 2013M semalam telah berlangsung dengan menyaksikan seramai 12,000 peserta dari 185 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, NGO, IPT, dan rakyat Melaka dari pelbagai lapisan masyarakat bersama-sama berarak sejauh 3.5 kilometer.

Bermula pada jam 7 pagi, perarakan yang diketuai oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka, perarakan Maulidur Rasul ini diadakan bagi menginterpretasi semangat serta kecintaan umat terhadap Nabi Junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Selain dapat meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW perarakan ini juga diadakan agar kita umat islam khususnya menjadikan baginda sebagai contoh ikutan yang positif dalam menjalani kehidupan dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang dapat menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam erti kata yang sebenar.

Maulidur  Rasul atau kelahiran Rasul  adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad dan disambut oleh umat Islam seluruh dunia pada tanggal 12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran baginda. Bagi menyambut tarikh terbabit umat Islam di seluruh dunia kebiasaannya akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.

Perarakan yang bermula dari Stadium Hang Tuah ini telah berakhir di pekarangan Masjid Al-Azim  pada sekitar jam 11.00 pagi.

IMG_9869

IMG_9827

download

Leave a Reply