Ayah Kandung Rita Rudaini Meninggal

Editor: EDITOR | Diterbitkan pada: 24 January 2013
Kategori: HIBURAN | Add Comment »



KUALA TERENGGANU — Ayah kandung kepada pelakon wanita terkenal, Rita Rudaini Bt Mokhtar telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah petang tadi. Suara Generasi Baru dikhabarkan tentang berita kematian ini sebentar tadi.

Ayah kandung Rita menetap di sekitar Panji Alam, Kuala Terengganu setelah berpisah dengan ibu kandung Rita suatu ketika dahulu. Rita pula hidup bersama ibu kandung dan ayah tirinya di Kangar, Perlis.

Arwah meninggal dunia sekitar jam 4.00 petang tadi. Difahamkan punca kematian Allahyarham adalah disebabkan oleh kanser hati. Allahyarham telah selamat dikafankan petang tadi dan difahamkan akan dikebumikan di Kemaman.

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

— SUARA GENERASI BARU

Leave a Reply