Blog PR Kutip Berita Akhbar Israel Untuk Hina Lawatan Najib

Oleh: EDITOR | 25 January 2013 POLITIK| 1 Comment »



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya semalam, menafikan lawatan kemanusian beliau ke Gaza kelmarin adalah cubaan untuk masuk campur tangan Palestin.  Lebih dari itu, Najib telah pun menghubungi Presiden Palestin, Mahmod Abbas untuk memaklumkan kehadiran beliau di Gaza sebelum itu.

Justeru tidak timbul persoalan bahawa Mahmod rasa terhina dengan lawatan tersebut kerana Najib sudah memaklumkan beliau terlebih dahulu.  Najib bukan bodoh.

Kenyataan ini adalah bagi membalas kritikan pembangkang yang tercabar dengan lawatan Najib ke Gaza.  Maklumlah, pemimpin-pemimpin pembangkang hanya berani bercakap dan berdemo dalam negara kononnya untuk membela rakyat Palestin di Gaza, sedangkan Najib masuk sendiri ke Gaza untuk melihat keadaan disitu dan menghulurkan bantuan.

Penulis ambil inisiatif untuk siasat pihak mana yang sebar berita kata Mahmod marah Najib masuk Gaza sedangkan Mahmod telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh Najib berhubung kunjungannya itu.

Rupanya yang pertama melaporkan berita ini adalah akhabr Israel, The Times of Israel dalam ruangan Israel & The Region, yang kemudian berebut-rebut dikutip puak pembangkang ini.

Nampak tak terdesak tak terdesak puak-puak ini.  Punyalah rasa tercabar dengan kunjungan Najib sehinggakan berita dari akhbar Israel pun dikutipnya untuk dijadikan bukti.  Sudahlah tu, sumber rujukan  bukan dari Pejabat Mahmod sendiri, sebaliknya entah dari siapa pun tak dinyatakan.

Cakap pasal sumber rujukan ini juga, setelah penulis lihat di blog-blog pembangkang ini, bercampur-campur.  Macam-macam pihak yang dikatakan keluarkan kenyataan itu, tapi semuanya bukan dari pejabat Mahmod Abbas sendiri.

Sudah tentu Israel tidak senang dengan kunjungan pemimpin dari Malaysia kerana sekutu mereka, Anwar Ibrahim ada sini.  Anwar janji nak lindungi keselamatan Israel, datang Najib, buat lawatan kemanusiaan ke Gaza pulak, sakit hatilah mereka.

Maka itu berita itu ditulis sedemikian rupa oleh akhbar Israel, mengikut telunjuk Anwar yang punya rangkaian pro Yahudi yang hebat di Amerika Syarikat dan Israel sendiri.

Inilah dia berita yang kemudian dikutip blogger pro Pakatan untuk menghina dan merendahkan lawatan Najib.  Part gebang tak hengat ini serah saja pada mereka.

Sumber : MyKMU.Net

One thought on “Blog PR Kutip Berita Akhbar Israel Untuk Hina Lawatan Najib

Leave a Reply