“Saya Tak Mampu Tolak Real Sekali Lagi”

    SEPANYOL — Jose Mourinho didakwakan telah menolak tawaran dari Real Madrid semasa di Chelsea pada masa dahulu tetapi enggan melakukan yang sama untuk kali kedua.

    Pengurus Portugis itu telah mendedahkan dalam temuramah bersama saluran radio Perancis RMC Sport bahawa beliau juga pernah menolak tawaran untuk menambil alih pasukan kebangsaan England pada 2007 setelah Steve McClaren meninggalkan pasukan dan digantikan oleh Fabio Capello.

    Mourinho tiba di Stamford Bridge pada 2004 setelah menang Liga Juara-Juara dengan Porto dan juga dua kejohanan Liga Perdana Barclays sebelum meninggalkan London.

    Kemudian, beliau berpindah ke Inter Milan selama dua tahun di mana beliau telah meraih kejohanan treble Serie A, Liga Juara-Juara dan Coppa Italia sebelum menandatangani kontrak di Bernabeu.

    Pengurus yang berusia 48 tahun itu mengakui bahawa ia agak sukar untuk meninggalkan San Siro tetapi telah berpendapat bahawa peluang untuk membimbing pasukan gergasi Sepanyol tidak akan tiba untuk kali ketiga.

    “Saya mempunyai peluang untuk ke sini pada 2006 atau 2007,” beliau memberitahu RMC Sport. “Saya sedang mendidik pasukan Chelsea dan tidak mampu menerima tawaran dari Real.

    “Saya ingin merangkul pengalaman di sini. Sudah tentu saya dapat menambahkan ilmu dari beberapa perkara positif dan negatif di sini.”

    “Saya amat berterima kasih kerana telah ke sini dan mempunyai peluang untuk menang pertandingan di Sepanyol.”

    Walaubagaimanapun, Mourinho dikaitkan dengan perpindahan ke England pada musim panas memandangkan pasukan Real gagal mengurangkan jarak 15 mata di belakang pasukan juara liga Barcelona.

    – ESPNStar

    Artikel disiar pada 24/01/2013 - 10:22 pm oleh EDITOR

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube
    Recent Posts
    @PortalSGB_



    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI