Casillas Berjuang Demi Pasukan

    SEPANYOL — Kapten Real Madrid Iker Casillas yang telah mengalami kecederaan tangan, kekal gembira dengan kelayakan pasukan masuk peringkat separuh akhir dalam saingan Copa del Rey.

    Walaupun telah mengakhiri perlawanan di Mestalla dengan sembilan pemain, pasukan Los Blancos berjaya mengikat Valencia untuk melayakkan diri ke tempat empat teratas setelah meraih kemenangan 2-0 dalam perlawanan pertama.

    Namun, pasukan terjejas dengan dua kad merah yang dilayangkan kepada Fabio Coentrao dan Angel di Maria serta masalah kecederaan yang dialami Casillas dalam perlawanan pada hari Rabu.

    Rakan sepasukan Alvaro Arbeloa menendang tangan beliau secara tidak sengaja pada minit ke 18 dan walaupun pemain antarabangsa Sepanyol itu mendedahkan bahawa beliau kurang pasti akan tahap kecederaan, beliau tetap gembira bahawa pasukan berjaya mengekalkan harapan untuk menang saingan Copa del Rey.

    “Apa yang penting pada masa ini adalah kami telah melayakkan diri ke pusingan seterusnya,” beliau berkata ke laman web rasmi pasukan.

    “Alvaro sedang cuba untuk menolak bola keluar padang apbila beliau menendang tangan saya dengan tidak sengaja.

    “Tangan saya berasa sakit dan doktor tidak ingin melepaskan sebarang kenyataan tanpa memeriksa kecederaan dengan lebih mendalam. Beliau mengakui bahawa masalah kelihatan berat dan kami harus meneliti kecederaan dengan lebih lanjut.

    “Kami akan menjalankan beberapa ujian untuk memeriksa tahap kecederaan. Saya mengharapkan bahawa kecederaan tidak begitu serius.”

    Jika Casillas dikecualikan dalam pertemuan liga bersama Getafe pada hari Ahad, ia dijangkakan bahawa Antonio Adan akan mengambil alih tempat beliau di depan gawang untuk pasukan Real.

    – ESPNStar

    Artikel disiar pada 24/01/2013 - 10:19 pm oleh EDITOR

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube
    Recent Posts
    @PortalSGB_



    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI