Keberanian Najib, Kebaculan Nik Aziz

    Tika ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan anggota rombongannya sedang berada di Semenanjung Gaza, Palestin bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

    Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato’ Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.

    Akhirnya 22 Januari 2013 sekitar 4.40 petang waktu Malaysia, Dato’ Seri Najib dan anggota rombongannya tiba di Semenanjung Gaza, Palestin. Turut serta ialah isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor.

    Buat julung kalinya lagu NegaraKu berkumandang di Palestin sebagai meraikan detik bersejarah itu, sesuatu yang agak membanggakan ramai rakyat Malaysia setelah berpuluh tahun negara ini menjadi rakan setia menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi keganasan Israel.

    Tapi bagi segelintir penyokong pembangkang khususnya dari PAS dan PKR, mereka melihat keberanian PM melawat Palestin hanyalah satu propaganda politik untuk mencapai kelebihan sempenan PRU 13. Samada dalam media sosial seperti facebook, twitter, portal mahupun di dunia nyata itulah yang mereka perkatakan.

    Ada sebabnya mereka memfokuskan hal demikian, salah satunya bertujuan untuk menghalang perhatian umum daripada mengimbas kembali kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah berikrar untuk menjamin dan menjaga keselamatan negara Israel.

    Bagi sebahagian besar rakyat negara ini pula, mereka melihat langkah berani Dato’ Seri Najib memijak bumi Palestin khususnya Semenanjung Gaza sebagai sejarah besar yang tidak mungkin dilupakan, lebih-lebih lagi baru sahaja 2 bulan yang lalu rakyat negara itu diancam kekejaman tentera Israel.

    Lagipun keprihatinan Dato’ Seri Najib dengan nasib umat Islam di wilayah bergolak sudah terbukti keikhlasannya. Dan ini bukanlah kali pertama Dato’ Seri Najib sanggup berdepan dengan risiko kehilangan nyawa di wilayah yang sedang dilanda keganasan perang.

    Sekitar Disember 2009 dulu, PM juga pernah mengambil risiko yang sama apabila melawat Selatan Thailand bagi mengusahakan rundingan gencatan senjata diantara anggota pemisah Selatan Thai dengan Kerajaan Thailand, sekalipun tika itu letupan bom dan serangan hendap masih belum reda.

    Sedangkan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pun pernah mengakui ketakutannya untuk memijak bumi Selatan Thai kerana bimbang terkena tembakan. Nampak sangat kebaculannya. Memalukan.

    PAS yang sering menanam semangat perjuangan kepada ahli dan penyokongnya untuk mengejar ganjaran mati syahid, sedar tak sedar rupa-rupanya pemimpin utamanya sendiri tak sanggup menempuh risiko demikian kerana takut mati syahid serta terlampau sayangkan pangkat dan darjat duniawi.

    Sedangkan UMNO yang saban hari dituduh anti Islam dan tidak Islamik oleh PAS, namun para pemimpinnya tidak pula dilanda gundah atau ketakutan untuk menempuh cabaran besar kehilangan nyawa dan syahid tatkala membantu umat Islam di wilayah yang sedang bergolak. Inilah perbezaan nyata antara pemimpin UMNO dengan PAS.

    Artikel disiar pada 23/01/2013 - 3:47 pm oleh EDITOR

    5 Responses to “Keberanian Najib, Kebaculan Nik Aziz”

    1. pokle says:

      Ini lah satu satu nya pemimpin tertinggi dalam negara kita yang berani memperjuangkan hak palestin ..

    2. unknown says:

      org pendek akal cam ko jer buat blog mcm ni..klu stakat dgr org ckp..xyah nk bt knyataan TGNA pnakut la wei..cri bukti laa sblm ckp..

    3. Tun Damia says:

      Dari komen ko aku dah tahu hakikatnye ko sebenarnya stakat dgr ckp org.. Bagi la bukti Nik Ajis ko tu bukan penakot.. Aku nk tgk sket.. mane bukti??? wakakaka

    4. Melayu Bukit says:

      nak bukti ape lagi?poknik memang bacul..barua kapal singh ngan nuar berahim..kerana politik sanggup gadai kalimah Allah..tak pedulik dah majlis syura..

      Poknik penakut..takut jawatan 25 tahun MB terlepas..

      Poknik penakut..takut tak sokongan DAP..bagi 10000 ekar tanah..

      dahlah cacai..ko nak back up orang tua bacul tu buat ape lagi..

    5. tuk paduko says:

      kita boleh bezakan la mana yg benar2 pejuang negara islam dgn org yang melacurkan islam demi kepentingan politik yg semakin usang. bukak mata bukak hati. nik aziz bukan nabi yg maksum. pengikut taksub pas harus bangkit melawan kepincangan yang dilakukan pemimpin mereka bukan menyokong membabi buta.

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube

    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI