Lawatan Ke Semenanjung Gaza, PM Berani Ambil Risiko

Editor: 0a60a4xx | Diterbitkan pada: 23 January 2013
Kategori: KOLUMNIS | 1 Comment »



Laporan lawatan Dato Sri Najib Tun Razak ke Gaza semalam, mendapat liputan yang begitu meluas terutama di dalam media-media antarabangsa khususnya di negara timur tengah. Namun ia seolah-olah tidak disenangi oleh media Israel The Times yang mengambarkan lawatan Perdana Menteri Malaysia sebagai lawatan pemimpin Melayu.

Walaupun ada yang merasakan ia bukanlah perkara yang menjadi isu pokok, namun persoalannya mengapakah laporan regim Zionis itu mengambarkan pemimpin nombor satu Malaysia itu hanya sebagai pemimpin Melayu? Sedangkan beliau adalah merupakan ketua sebuah negara berdaulat yang dipilih rakyat secara demokrasi?

Ini kerana, umum mengetahui regim Zionis yang zalim itu, sentiasa memantau setiap pergerakan dan sokongan yang diterima oleh pimpinan dan rakyat Palestin. Kehadiran PM ke Gaza secara tidak langsung menunjukkan sokongan terbuka yang diberikan oleh kerajaan Malaysia terhadap rakyat Palestin.

Dan sebagai sebuah negara yang disegani oleh kebanyakkan negara Islam dunia, perkembangan ini sudah tentu membimbangkan regim Zionis kerana mereka bakal terus menerima tekanan dari masyarakat antarabangsa.

Yang lebih menarik, pakatan pembangkang yang diketui oleh Anwar Ibrahim sebelum ini mengatakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib menerima khidmat nasihat dari APCO yang terdiri dari pelobi Yahudi. Tidak dilupakan dakwaan yang mengatakan Malaysia merupakan rakan dagang utama regim tersebut.

Rasionalnya, mana mungkin Malaysia yang mengunakan Yahudi sebagai agen penasihat dan mempunyai hubungan dagang boleh melakukan lawatan ke sebuah negara yang menjadi musuh utama mereka?

PM Gaza

Melainkan semua dakwaan tersebut adalah merupakan fitnah semata-mata untuk menipu rakyat dan merosakkan imej pemimpin negara. Sedangkan Anwar yang sebelum ini mengatakan mempunyai hubungan baik dengan para pemimpin Palestin gagal menunjukkan komitmen berhubung masalah penindasan yang diterima oleh rakyat Palestin.

Ini kerana Anwar sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan menyokong penubuhan negara Isreal semata-mata untuk mendapat sokongan regim tersebut menumbangkan kerajaan. Sikap bermuka Anwar itu bukan sahaja mengejutkan pimpinan Palestin namun sekaligus membunuh aspirasi dan perjuangan rakyat di bumi Gaza itu.

Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, namun Allah jua yang menentukan. Lawatan bersejarah tersebut secara tidak langsung telah menyebabkan semua fitnah dan tohmahan Anwar kembali memakan dirinya.

Berbalik kepada isu lawatan bersejarah itu, media Palestin melaporkan Datuk Seri Najib merupakan pemimpin pertama bukan dari kalangan negara Arab yang melawat Semenanjung Gaza.

Perdana Menteri turut diberikan penghormatan untuk meletakkan batu asas di dalam projek pembinaan semula pejabat perdana menteri Palestin dan seterusnya melakukan lawatan ke Madrasah Al-Malaziah yang dibina oleh rakyat Malaysia sebelum ini. Kerajaan Palestin juga dilaporkan telah menutup sebahagian pintu sempadan untuk menerima rombongan deligasi itu.

Di dalam ucapannya, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh menyifatkan rombongan kerajaan Malaysia ini sebagai berani. Ini kerana dari segi politik tindakan tersebut bakal menyebabkan campur tangan dan tekanan dari regim Zionis di dalam hal ehwal negara. Ia juga bakal mengakibatkan sokongan padu regim tersebut terhadap Anwar Ibrahim untuk mengubah kerajaan sekaligus menukar pendirian kerajaan Malaysia terhadap isu Palestin.

Ketika menyampaikan ucapannya, Datuk Seri Najib mengatakan sokongan yang diberikan bukan semata-mata terhadap perjuangan Palestin tetapi ia merupakan perjuangan ummah. Beliau turut menekankan isu perpaduan antara kumpulan yang berbalah Hamas-Fatah agar proses perundingan dengan regim Israel tercapai.

One thought on “Lawatan Ke Semenanjung Gaza, PM Berani Ambil Risiko

Leave a Reply