Isu Kalimah ALLAH Perlu Dilihat Dari Sudut ‘Fiqh Al-Waqi’

Editor: 0a60a4xx | Diterbitkan pada: 23 January 2013
Kategori: BERITA SGB | Add Comment »



KUALA  LUMPUR – Gesaan yang dibuat DAP berhubung isu pengunaan kalimah Allah untuk penganut agama Kristian di dalam Bible perlu dilihat dari dua sudut yang berbeza. Lontaran tersebut disuarakan oleh Pengerusi, Sekretariat Ilmuwan Malaysia (Ilmu) Dr Fadlan Mohd Othman.

Menurut Dr Fadlan kita wajar melihat dan membahaskan isu ini dari dua sudut pandangan iaitu dari segi ilmiah dan ‘fiqh al-waqi’ (realiti). Dari sudut ilmiah ia tidak mempunyai masalah, selari dengan firmah Allah SWT di dalam Al-Quran, surah az-Zumar. Ayat 38 yang bermaksud “Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?, nescaya mereka menjawab: Allah.”

“Soalan ini diajukan kepada kufar Quraish, orang-orang musyrik kafir quraish yang (telah) mensyirikkan Allah SWT.  Mereka menjawab dengan lafaz Allah” katanya.

Menurut beliau, ayat tersebut merujuk kepada orang Arab jahiliyah telah mensyirikkan Allah, mereka memang mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan yang menciptakan dan mematikan, Tuhan yang memberi rezeki dan mentadbir alam ini.

Ia kerana sudah menjadi budaya orang Arab sejak zaman berzaman memanggil Tuhan sebagai Allah tanpa mengira agama. Maka orang Arab Kristian juga menamakan Tuhan Bapa sebagai Allah, sama seperti orang Arab Islam dan orang Yahudi. Oleh yang demikian, adalah amat tidak sesuai untuk mengunakan pendekatan yang sama di Malaysia. Ini kerana menurut beliau dari sudut realiti ia tidak berlaku seperti kebiasaan ortang arab.

“Dalam realiti Malaysia (ia) tidak sesuai, kerana di Malaysia sekiranya kita (umat Islam) terjatuh atau tersadung kita akan menyebut Allahu Akbar, Masyallah, Astagfirullah dan sebagainya tetapi kalau kawan kita (yang bukan beragama Islam), mereka tidak akan mengunakan kalimah Allah” katanya.

Bagi menyokong hujah tersebut, Dr Fadzlan membawakan dalil dari hadis nabi Muhammad saw “Wahai Aishah, jika tidak kerana kaum kau masih baru meninggalkan kepercayaan jahiliyah, nescaya aku akan bangunkan Kaabah di atas binaan Nabi Ibrahim as.”. (Riwayat Bukhari & Muslim).

Hadis ini menunjukkan Nabi membiarkan binaan Kaabah yang dibina tidak mengikut struktur yang diasaskan oleh Nabi Ibrahim as, sedangkan membina kembali Kaabah mengikut struktur asal merupakan sesuatu yang perlu dilaksanakan.

Ini kerana implikasi merobohkan Kaabah pada masa itu akan membawa ‘kerosakan’ yang lebih besar berbanding kesalahan struktur Kaabah yang tidak sesuai mengikut kaedah ‘fiqh al-waqi’.

Menurut beliau, ia berdasarkan kepada pandangan para ulama, sekiranya Nabi Muhammad saw membina semula Kaabah, akan berlaku kekeliruan, salah faham dan persepsi negatif masyarakat yang akan mengatakan Islam yang dibawa oleh Nabi saw adalah untuk menunjukkan kuasa dan bukannya dakwah untuk menyembah Allah SWT.

Leave a Reply