Ahli Parlimen Labuan Dekati Komuniti Kampung Dalam Program Badudun

Oleh: 0a60a4xx | 23 January 2013 BERITA SGB| Add Comment »



LABUAN — Berkonsepkan santai tanpa ada sebarang protokol dan jurang antara pemimpin dan rakyat adalah tunjung kepada program yang diadakan di Kg. Pertama dan di Kg. Layangan sempena Program Badudun (Berkunjung) Ke Kampung anjuran Pejabat Parlimen Labuan.

Program cetusan idea dari Ahli Parlimen Labuan , Datuk Yussof Hj. Mahal bertujuan untuk mendekati penduduk kampung dan menghargai mereka  yang telah banyak membantu dan berkorban mendukung serta menyokong dasar-dasar negara.

Selain itu program ini juga bertujuan untuk memberikan penjelasan dan penerangan secara lebih dekat kepada penduduk kampung berkenaan program-program kerajaan dan program bantuan kepada rakyat yang telah diberikan.

Program yang dijadualkan akan menjelajahi seluruh kampung di Labuan akan diadakan pada setiap hujung minggu bermula jumaat sabtu dan ahad.

Selain dari jamuan dan juga beberapa aktiviti sampingan, program ini juga akan dapat mendekatkan lagi penduduk kampung dengan Ahli Parlimen Labuan serta dapat memberikan peluang untuk penduduk kampung sekurang-kurangnya mengutarakan masalah mereka dengan saluran yang betul.

Beberapa penduduk kampung yang ditemui ketika program pertama badudun ke Kampung di Kg. Layangan ini menyifatkan program sebegini cukup bermakna dan berguna kepada masyarakat kampung untuk bersemuka dan bermesra dengan pemimpin dan berharap program sebegini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang.

Leave a Reply