PAS Buat Pusingan-U : ‘Khalifah’ Guan Eng Murka?

    Kasihan sungguh nasib “Khalifah” Lim Guan Eng bila dia dikatakan sangat rimas bila diasak media berkenaan “pusingan-U” yang diputuskan PAS berkenaan isu penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu.

    Selalunya, Guan Eng boleh menjawab sebarang soalan tanpa mengira isu meskipun isu berkenaan tidak ada kena mengena dengan sidang akhbar yang dia lakukan.

    Tapi kali ini nampak sangat dia cuba mengelak seboleh-bolehnya. Malah dia sendiri menegaskan bahawa dia hanya akan jawab soalan yang berkaitan dengan sidang akhbarnya sahaja dan tidak akan melayan soalan lain.

    Kenapa jadi begitu? “Terasa” sangatkah hati “Khalifah” itu bila PAS buat “pusingan-U”?

    Guan Eng perlu sedar bahawa PAS kini semakin takut kehilangan sokongan dan undi dari bangsa Melayu yang majoritinya beragama Islam. Lainlah bangsa Melayu yang “sempat diKristiankan” dan tidak sempat diselamatkan Hasan Ali.

    Selama PAS bersahabat denga “syaitan” yang bernama DAP, boleh dikatakan lebih dari separuh para penyokong PAS kecewa dan beralih arah menyokong UMNO yang dilihat lebih konsisten serta bertindak wastiyyah dalam semua perkara.

    Ketegasan dan diplomasi UMNO di dalam BN lebih baik berbanding “tahaluf siyasi” PAS dengan DAP dan PKR yang dilihat lebih merugikan Islam dan mencemarkan kepentingan umat Islam di negara ini.

    Selama 5 tahun inilah para penyokong PAS berbondong-bondong meninggalkan parti itu dan lebih rela tidak berparti. Mereka malu untuk akui mereka “ahli PAS”.

    Paling sadis ialah apabila PAS menyedari bahawa ramai dari golongan ulama dan pro-ulama yang sanggup meninggalkan parti itu sejak pucuk pimpinannya bersekongkol dengan DAP yang gemar mencabar keistimewaan Islam dan Melayu di Malaysia.

    Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sendiri sedar tentang “sikap jahat” DAP itu dan menggesa bekas partinya itu agar tidak lagi berani mencabar atau mengganggu sensitiviti umat Islam di negara ini.

    Guan Eng yang dianggar sebagai “Khalifah PAS” itu perlu faham bahawa PAS perlu memujuk golongan yang lari dari partinya itu untuk kembali ke pangkuan mereka memandangkan PRU ke-13 sudah hampir.

    Tapi kalau Guan Eng fikir dia berani hentam PAS berhubung isu ini, silakan. Rasanya PAS tak punya “telur” untuk berhadapan dengan Guan Eng. Kalau PAS boleh dengar kata Azmin untuk pecat Hasan Ali, takkanlah mereka tak boleh dengar kata “Khalifah” mereka, kan?

    Artikel disiar pada 23/01/2013 - 7:00 am oleh SGB Khairi Kedah

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube

    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI