Ada Komando Atau Tidak, Penyokong Kelantan Memang Ganas

Editor: azean | Diterbitkan pada: 21 January 2013
Kategori: KOLUMNIS | Add Comment »



Gambar hiasan

PENULIS lihat, akan berpanjangan juga isu pasukan Darul Takzim FC membawa 6 anggota tentera bersenjata ke stadium dalam perlawanan antara pasukan itu dan Kelantan di Kota Bharu minggu lepas.

Justikifikasi penulis berkata begitu ialah, dalam masa yang sama, dipihak penyokong Kelantan pun berlaku perbuatan membaling objek dan melempar mercun masuk ke kawasan padang.

Maka itu, setiap kali FAM membangkitkan isu provokasi penyokong Kelantan, soal kehadiran anggota tentera akan dibangkitkan KAFA, sebelum diulas oleh PBNJ. Berulang-ulanglah macam itu.

Bila nak habis da?

Suka nak dimaklumkan disini, penulis pun pelik juga dengan kehadiran anggota tentera bersenjata yang dikatakan nak mengawal VVIP tertentu.  Bukan pertikaikan soal keselamatan tu, tapi dari segi kewajarannya, perlu ke menayangkan M-16 tu?  Sepanjang berpuluh tahun menonton perlawanan bolasepak, ini kali pertama lihat keadaan tersebut di negara ini.

Setakat itu sahaja pertikaian penulis, lebih dari itu, penulis tidak berani kerana tidak ada maklumat lanjut mengenai SOP yang dikatakan sesetengah pihak.

Apa pun, suka nak sebut disini, penulis ada pengalaman sendiri berhadapan dengan keganasan penyokong Kelantan ini beberapa tahun lepas di Bukit Jalil.  Bukan sekali, tapi beberapa kali di lokasi yang sama.

Kali pertama itu pasukan sokongan penulis menang melawan Kelantan, kali kedua, kalah.  Dalam kedua-dua perlawanan tersebut, penyokong Kelantan al gedebe ini memang depan mata penulis bersikap ganas.  Mercun, bom asap, cakap saja, semua ada, yang tak ada bom tangan saja.

Walhal pasukan penulis ketika itu, tidak pun membawa anggota keselamatan bersenjata berkawal di stadium macam di Kota Bharu minggu lepas – kalau betulah seperti dakwaan beberapa pihak di Kelantan yang menyalahkan kehadiran anggota tentera sebagai punca provokasi melampau penonton Kelantan.

Jadi alasan KAFA pada 17 Januari bahawa anggota keselamatan yang dibawah Darul Takzim FC  itu menyebabkan gangguan kepada penonton hingga mencetus kontroversi, memang tidak masuk akal dan hanya alasan bodoh untuk melepaskan diri sendiri.

With or without those commandos, Kelantan fans are known to be violent. Rekod denda, amaran dan hukum ke atas KAFA akibat keganasan penonton beberapa tahun kebelakangan ini adalah bukti kepada kenyataan penulis tersebut.

Jadi penulis nak beri nasihat kepada KAFA, berhentilah main taktik bodoh ini dan teruskan dengan usaha mendisplinkan penyokong fanatik anda tu.  Era profesional bolasepak dah lama bermula, penyokong Kelantan masih perangai macam tahun 70-an, 80-an, apa ni?

Siapa nak disalahkan kalau pihak persatuan sendiri pun lebih sanggup membela penonton dari bertindak profesional?  Kita tahulah semua ini alasan komersial, kehadiran penonton menarik penaja, penaja memenuhkan kocek persatuan.

Tapi perlu ingat, bukan semua benda boleh selesai dengan duit.  Kalau lepas ni imej bolasepak negara tercemar dek sikap ganas dan tidak bertamadun penyokong Kelantan, tak guna juga.

Leave a Reply