Sedang Buat Persiapan — Rozita Che Wan & Zain Saidin Bakal Kahwin Tahun Ini

Editor: EDITOR | Diterbitkan pada: 20 January 2013
Kategori: HIBURAN | Add Comment »



Ya, anda tidak salah baca & bukan gimik atau gurauan di’hujung minggu — nada Zain Saidin memang serius akan hubungan beliau dengan Rozita Che Wan ketika dan bersedia untuk berkahwin.

“Saya dan Rozita (Che Wan) memang serius — kalau ada terdengar gosip akan Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini,” ujar Zain Saidin kepada GUA baru baru ini.

“Kalau ada rezeki & jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini,” tambah Zain Saidin menjawab sejauh mana hubungan beliau dengan Rozita Che Wan selepas insiden komen penuh romantis di Instagram.

Ini merupakan satu perkembangan yang menarik kerana ramai anggap hubungan Zain Saidin & Rozita Che Wan tidak seserius mana tetapi hari ini jejaka berdarah kacukan ini siap mengaku yang mereka bakal berkahwin.

Semoga apa yang di’rancangan mereka berdua bakal menjadi kenyataan — kalau sudah ada tarikh yang tetap jangan lupa beritahu kami. Heh.

Sumber-Rotikaya.com

Leave a Reply