Liverpool Belasah Norwich Lagi

    LONDON — Jordan Henderson menjaringkan gol pembukaan sebelum Suarez menambah gol kedua pasukannya.

    Penyerang £12 juta Daniel Sturridge menjadi pemain pertama Reds sejak Ray Kennedy pada 1974 untuk menjaringkan gol dalam tiga perlawanan pertama apabila menyepak masuk gol ketiga.

    Steven Gerrard mencatatkan gol keempat dan gol sendiri Ryan Bennett mengakhiri malam yang baik untuk pasukan Liverpool.

    Liverpool kini telah menjaringkan 13 gol dalam tiga pertemuan dengan Norwich.

    Hanya Ian Rush, yang telah menjaringkan sembilan gol lepas Norwich, mempunyai rekod yang lebih baik.

    Gbungan Suarez, yang telah menjaringkan 20 gol musim ini, dan Sturridge telah disoal sebelum perlawanan.

    PEmain antarabangsa Uruguay itu telah diletakkan di posisi belakang Sturrdige tetapi ia tidak menjejas pengaruh beliau dalam perlawanan.

    Penjaga gol Brad Jones telah mengambil tempat Jose Reina akibat kecederaan dan Norwich yang menyerang dahulu dengan tandukan Bennett dan sepakan percuma Robert Snodgrass yang diselamatkan.

    Liverpool terus bangkit dan menguasai kawalan bola dan balas dengan gandingan Suarez dan Sturridge yang diselamatkan Mark Bunn.

    Suarez merupakan ancaman utama dengan aksi gelecek beliau – termasuk ‘backheel’ yang mengelirukan Michael Turner – tetapi Bunn berjaya menyelamatkannya.

    Suarez kemudian menyerang dan mengelak dua asakan lasak sebelum memberi bola kepada Henderson yang menyepak bola dengan sentuhan pertama untuk mencatatkan gol keempat dalam 74 penampilan.

    Gol itu telah memberangsangkan pasukan REds dan Suarez membuat keputusan 2-0 pada minit ke 37.

    Sturridge telah mengelirukan semua apabila memberi ‘dummy’ dari hantaran Lucas Leiva dan Suarez menyepak masuk bola dengan senang.

    Sturridge kemudian mensia-siakan beberapa peluang baik dan akhirnya menjadi pemain ketujuh yang berjaya menjaringkan gol dalam tiga perlawanan pertama.

    Henderson memberi bola kepada Stewart Downing yang memberi hantaran tepat kepada Sturridge untuk menyumbat gol ketiga pasukan.

    Gerrard pula menambah satu lagi apabila pecutan Glen Johnson di sayap kiri membuka ruang untuk rembatan derasnya.

    Pemain gantian Raheem Sterling kemudian mencipta gol kelima apabila rembatan beliau terpesong masuk oleh Ryan Bennett.

    - ESPNStar

    Artikel disiar pada 20/01/2013 - 10:25 am oleh EDITOR

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube
    Recent Posts
    @PortalSGB_



    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI