Terengganu Tewas Lagi

    SINGAPURA — Effa Owona membuka tirai untuk pasukan pelawat pada minit ke 33 tetapi jaringan Safuwan Baharudin pada minit ke 65 serta Syafiq Zainal pada minit ke 74 memberi tiga mata kepada pasukan Singa.

    Pasukan Penyu mencipta peluang pertama apabila Effa menanduk hantaran Ismail Faruqi pada minit keempat tetapi percubaannya tersasar.

    Shafiq Ghani balas seminit kemudian setelah menerima hantaran jauh dari Shakir Hamzah tetapi ketua pasukan Shahril Ishak gagal mengambil kesempatan.

    Rentak perlawanan kini semakin lasak dengan kedua-dua pasukan bersaing untuk kawalan bola dan pasukan tuan yang berjaya merampas bola pada minit ke 20.

    Faritz Hameed membuat larian di sayap kanan sebelum memberi bola kepada Shahril yang menghantar bola kepada Shafiq. Walaubagaimanapun percubaannya dipesong keluar oleh Wan Azraie.

    Terengganu menyerap tekanan dan terus balas dengan jaringan gol Effa apabila hantaran Vincent Bikana dari sayap kanan ditanduk masuk dengan senang.

    Ismail Faruqi kemudian memberi bola cip dari tengah padang sebelum aksi gelecek Ashari Shamsudin berakhir dengan rembatan yang melambung tinggi.

    Pasukan Singa mula babak kedua dengan baik dan menguasai kawalan bola. LionsXII akhirnya menyamakan kedudukan melalui sepakan pemain pertahanan Safuwan dari hantaran Shafiq.

    Gol kemenangan tiba pada minit ke 74 dari tendangan percuma lagi apabila benteng pertahanan Terengganu gagal menangani ancaman Singa dan hantaran Shafiq Ghani ke Syafiq Zainal disepak masuk dengan senang.

    Pasukan Penyu enggan menyerah dan terus menyerang melalui Effa tetapi keputusan kekal 2-1 berpihak kepada pasukan tuan rumah.

    LionsXII: Izwan Mahbud, Fartiz Hameed, Baihakki Khaizan, Safuwan Baharudin, Shakir Hamzah, Isa Halim, Hafiz Sujad, Safirul Sulaiman, Shahril Ishak, Shafiq Ghani, Irwan Shah

    Pemain Gantian: Syafiq Zainal untuk Hafiz Sujad 46′, Gabriel Quak untuk Faritz Hameed 46′, Izzdin Shafiq untuk Shafiq Ghani 78′

    Terengganu: Wan Muhd Azraie , Muhaimin Omar, Vincent Bikana , Ismail Faruqi, G Puaneswaran, Zubir Azmi, Khairul Ramadhan, Ahmad Nordin, Ashari Shasudin, Faizal Muhammad, Effa Owona

    Pemain Gantian: Amirul Syahmi untuk Abdul Manaf 69′, Amirul Syahmi untuk Zubir Azmi 80′

    - ESPNStar

    Artikel disiar pada 20/01/2013 - 10:23 am oleh EDITOR

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube
    Recent Posts
    @PortalSGB_



    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI