Pandangan Dan Maklum Balas NGO Penting Bagi Kerajaan – Ahmad Maslan

    SEREMBAN — Kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) saling memerlukan antara sama lain kerana dua entiti tersebut mempunyai matlamat sama iaitu berkhidmat kepada rakyat.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan memerlukan pandangan dan maklum balas daripada NGO agar kerajaan dapat memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

    Kerajaan mempunyai dasar yang terancang dan NGO diperlukan sebagai pendokong supaya dasar tersebut dapat direalisasikan.

    “Kita mahu NGO bersama kerajaan bagi memastikan usaha membangunkan negara ini dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada program Himpunan Barisan 1Malaysia di sini, Sabtu.

    Perhimpunan Barisan 1Malaysia yang menghimpunkan NGO di seluruh negara dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 24 Nov tahun lepas.

    – BERNAMA

    Artikel disiar pada 20/01/2013 - 10:05 am oleh EDITOR

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube

    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI