Seminar Nusantara Dicadang Untuk Dijadikan Acara Tahunan

    Peserta

    KUALA LUMPUR – Seminar Nusantara yang masuki hari kedua semakin hangat dengan perbincangan permasalahan penyatuan umat melayu di rantau Asia. Sebanyak 5 kertas kerja dibentangkan oleh ahli panel yang terdiri dari para ilmuwan dan tokoh Islam di rantau ini. Antaranya Timbalan Rektor, Universiti Islam Yala, yang membawa tajuk “Islam di Indochina : Perjuangan Masyarakat Islam di Selatan Thailand” dan diikuti dengan Pengerusi, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Tuan Haji Murad Ebrahim yang membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Islam di Kepulauan : Kebangkitan Baru Bangsamoro”.

    Sejurus selepas majlis perasmian yang disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato Seri Jamil Khir Baharom selaku wakil rasmi Perdana Menteri, seminar diteruskan dengan Profesor Pelawat, College of Law Government and International Studies, “Sejarah Perkembangan dan Sumbangan Islam di Nusantara”.

    Beliau membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Sejarah Perkembangan dan Sumbangan Islam di Nusantara”. Pada sebelah malam pula Pengkaji Islam di Myanmar, Universiti Tekonolgi MARA, Mohd Mohiyuddin Mohd Sulaiman membincangkan mengenai “Islam di Indochina : Cabaran dan Harapan Muslim di Myanmar”.

    Pembentang kertas kerja terakhir pada malam itu diteruskan oleh Pensyarah, National University of Singapura, Prof Dr Hussin Mutalib yang membincangkan mengenai “Islam di Kepulauan : Muslim Singapura di Arus Kemajuan dan Pemodenan”.

    Para peserta juga nyata menunjukkan taraf disiplin yang tinggi, bila mana terus kekal di tempat duduk masing-masing dan mengikuti wacana ilmu yang diadakan sehingga ke akhir program. Pelbagai soalan juga diajukan kepada para ahli panel sebagai respon kepada topik yang dibincangkan.

    Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu, Dr Hassan Mad ketika ditemui mengatakan Seminar Nusantara yang diadakan ini adalah merupakan satu usaha yang dilakukan dalam menangani cabaran Islam serantau.

    “Ia adalah merupakan satu agenda penyatuan umat Islam, kerana kita dapati pada hari ini (wujud usaha dari pihak tertentu) untuk cuba meletakkan institusi politik mengatasi institusi agama. Maknanya (mereka merasakan) politik itu jauh lebih penting dari agama” katanya.

    Disebabkan itu menurut beliau, telah menyebabkan berlakunya perpecahan umat Islam dan melihat pendekatan maqasid syariah adalah merupakan jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah dan cabaran itu.

    “Maqasid Syariah mempunyai 5 dimensi selain daripada agama Islam ia turut membincangkan mengenai penyatuan” katanya lagi.

    Seterusnya Pengerusi GAPS (Gerakan Anti Penyelewangan), Hamizun Khairuddin mengatakan seminar yang diadakan ini telah berjaya membuka ruang bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai perkembangan Islam dan Melayu.

    “Seperti yang kita (telah) dengar pada sebelah pagi (tadi), betapa pengorbanan dan rentetan peristiwa yang menimpa Thailand dan Filipina (sebagai contoh) mungkin akan (dapat) membuka mata yang lebih jelas kepada umat islam dan orang Melayu di negara in” ujarnya.

    Hamizun turut mencadangkan agar seminar seumpama ini dapat diadakan pada setiap tahun bagi menruskan kelangsungan kepada usaha penyatuan. Beliau turut mengharapkan agar semua pihak dapat mengembling setiap tenaga dan usaha untuk merapatkan silaturahim antara pimpinan Islam di negara ini dan jiran serantau.

    “Saya amat mengharapkan Dato Seri Najib (Tun Razak) berusaha untuk menjadikan rantau nusantara ini sebagai satu rantau yang aman, sentosa, damai dan pada masa yang sama hak orang Islam dan Melayu terus diperjuangkan.

    Artikel disiar pada 20/01/2013 - 12:45 pm oleh Zulkifli Rawi

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube

    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI