Kertas Siasatan Pelanggaran Syarat Himpunan Siap Minggu Depan

    KUALA LUMPUR — Kertas siasatan berhubung pelanggaran tiga daripada 27 syarat perhimpunan anjuran parti pembangkang di Stadium Merdeka minggu lepas, dijangka siap minggu depan.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata laporan itu dijangka siap selepas polis mengambil keterangan penganjur himpunan yang juga Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Jumaat.

    “Selepas ini, mungkin akan ada lagi individu yang dipanggil untuk diambil keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kepolisan Komuniti anjuran JSJ (D7) Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya Sabtu.

    Tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun, membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan melebihi 30,000 orang.

    Ditanya sama ada peserta yang membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun akan dipanggil memberi keterangan, Mohd Bakri berkata buat masa ini, polis melihat perkara itu dari sudut tanggungjawab penganjur berkaitan syarat yang telah dipersetujui.

    – BERNAMA

    Artikel disiar pada 19/01/2013 - 9:00 pm oleh EDITOR

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube
    Recent Posts
    @PortalSGB_



    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI