Isu Kalimah Allah Mampu Ganggu Keharmonian Negara – Ulama Indonesia

    KUALA LUMPUR – Polemik mengenai pengunaan kalimah Allah yang dicetuskan oleh DAP baru-baru ini mendapat reaksi pakar ilmu hadis dari Indonesia yang juga merupakan salah seorang ahli panel di Seminar Nusantara sebentar tadi. Beliau yang hadir sebagai salah seorang ahli panel di seminar anjuran Generasi Bestari dan portal MyKMU.net itu dijangka akan membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk “Islam di Kepulauan: Pemurnian Pemikiran dan Pembangunan Umat Islam Indonesia”.

    Imam Besar Masjid Istiqlal, Prof Dr Haji Ali Mustafa Yakub itu ketika ditemui menegaskan isu yang dibangkitkan ini adalah merupakan satu isu yang sensitif. Beliau merasakan sebarang percubaan yang dilakukan untuk membenarkan pengunaannya di kalangan orang bukan Islam dilihat mampu menganggu keharmonian sesebuah negara.

    “Itu masalah yang sensitif sekali, seperti yang saya katakan, yang bukan Islam jangan gunakan sebutan Allah, kerana ia akan menganggu stabilitas seperti itu” katanya.

    Sebelum ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika menyampaikan ucapan sempena sambutan hari natal telah mengeluarkan kenyataan yang mengesa kerajaan pusat untuk membenarkan penganut bukan Islam mengunakan kalimah tersebut di dalam kitab Bible.

    Gesaan yang dibangkitkan telah mendapat bantahan dari pelbagai pihak dan lapisan masyarakat yang merasakan ia merupakan satu permintaan yang melampau. Para pemerhati politik pula merasakan gesaan tersebut adalah merupakan satu cubaan untuk mempolitikkan isu agama bagi menarik undi simpati di kalangan rakyat terutama di Sabah dan Sarawak.

    Majlis Syura Ulama Pas yang bermesyuarat baru-baru ini juga berpendirian untuk menolak gesaan tersebut dan melarang pengunaan kalimah Allah bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Walau bagaimana pun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini bersetuju untuk membenarkan orang bukan Islam mengunakan kalimah tersebut tidak hadir di dalam mesyuarat tersebut.

    Dr Haji Ali Mustafa ketika memberikan pandangan berhubung isu ini juga mengatakan sebagai contoh di Indonesia penganut ajaran Kristian mengunakan kalimah tuhan Alah dan bukannya Allah.

    “Tidak di Indonesia mereka tidak pernah menyebut perkataan Allah, mereka menyebut tuhan Alah (dan) bukan Allah. Itu sebutan mereka dan orang Islam (Indonesia) tiada yang menyebut seperti itu” katanya.

    Artikel disiar pada 20/01/2013 - 12:47 pm oleh 0a60a4xx

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube
    Recent Posts
    @PortalSGB_



    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI