Golongan Belia Masih Aktif Dalam Aktiviti Kesukarelaan – Maliki

Oleh: EDITOR | 19 January 2013 BERITA SGB| Add Comment »



Majlis Belia Malaysia (MBM) melihat golongan belia di seluruh negara pada hari ini masih lagi aktif dalam mengerakkan kerja-kerja kesukarelaan ini dengan pelbagai kelompok penggerak dan pelbagai ragam aktiviti dan program.

Dengan berbekalkan tenaga dan masa yang ada para belia terbukti telah pun menyahut segala seruan kesukarelaan ini dengan jayanya.

Menurut Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Malikie Mohd Rapiee, pada sepanjang tempoh penggal yang lalu, MBM telah menggerakkan segala usaha bagi memaparkan sumbangan golongan belia dalam pelbagai misi kesukarelaan samada dalam atau luar Negara.

“Hasilnya, kerajaan semakin menyedari dan mengiktiraf tenaga belia yang mampu membangunkan Negara melalui usaha kesukarelaan.Inisiatif kerajaan memperkenalkan 1M4U merupakan suatu usaha tepat agar anak-anak muda menjadikan aspek kesukarelaan sebagai gaya hidup dan amalan harian.” Katanya lagi

Menurut beliau lagi, Inisiatif kerajaan memperkenalkan 1M4U adalah signifikan Tahun 2013 telah diisytiharkan sebagai Tahun Kesukarelaan bagi negara ini.

Walaubagaimanapun, jika ditinjau daripada jumlah sukarelawan berdaftar di negara ini ternyata kita masih jauh daripada matlamat tersebut. Namun terdapat aspek lompong di dalam mengerakkan pemahaman kesukarelaan ini sehingga yang nampak masa kini belia hanya berkerja jika ada T-shirt dan makanan.

Beliau menggesa agar semua pergerakan belia dan aktivis belia perlu memberi makna kepada gerak kerja kesukarelaan ini. Makna dan semangat ini perlu lahir dari rasa tanggungjawab generasi muda untuk mensejahterakan dan memperbaiki diri dan masyarakat.

Leave a Reply