Anugerah Bintang Popular 2012 — Neelofa Ingin Cabar Rekod Fara Fauzana

Oleh: EDITOR | 18 January 2013 HIBURAN| 1 Comment »



Beberapa bulan lagi bakal berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 yang dijangka mendapat sambutan ramai kerana telah beralih ‘venue’ nya di Stadium Putra Bukit Jalil dan dikatakan boleh memuatkan 2 kali ganda peminat-peminat yang ingin menyaksikan secara ‘live’ artis-artis kesayangan mereka memenangi anugerah-anugerah yang telah dicalonkan.

Menariknya di sini, dua orang pengacara rancangan Nona, iaitu Farah Fauzana dan Neelofa tercalon dalam kategori yang sama iaitu ‘Pengacara Wanita Popular’.

Wah sungguh hebat aura kedua-dua pengacara ini, di mana mereka di pertemukan dalam program Nona pada tahun lepas dan kini mereka berdua bersaing pula dalam kategori yang sama.

Ada sumber-sumber mengatakan bahawa Lofa ingin mencabar kedudukan Fara yang telah sekian lama mendominasi Anugerah Pengacara Wanita Popular buat 6 kali berturut-turut. Kesempatan bertemu Fara ketika Majlis Sesi Santai bersama 4 program terbaru 9x telah digunakan sepenuhnya untuk bertanyakan soalan ini kepadanya.

“Mengenai hal itu ke? Memang saya dan Lofa ada berborak-borak sambil kami berseloroh siapa yang akan menang tahun ini dan antara kami tiada apa-apa perasaan nak ‘fight’ ke atau apa sahajalah benda yang negatif”

“Apa yang penting saya suka dan ini adalah merupakan satu persaingan yang sangat sihat dan kalau dia menang saya sangat gembira kerana itu bermaksud penonton-penonton menonton rancangan Nona dan sedar akan kehadiran kami berdua”

Saya very open kerana sebelum ini juga saya ada bercakap dengan Leya yang juga pernah dicalonkan dalam kategori yang sama menerusi Penyampai Radio Wanita Popular, dan sekiranya dia menang itu sudah baik kerana saya kalau boleh biarlah program yang sama menang.”kata Fara mengakhiri perbualan.

Fara akan memasuki set penggambaran pada Mei ini untuk memulakan penggambaran filemnya yang bakal muncul tidak lama lagi. Judul filem belum diketahui lagi, kepada peminat-peminat Farah Fauzana jangan lupa untuk mengundinya dalam ABPBH 2012 ini.

One thought on “Anugerah Bintang Popular 2012 — Neelofa Ingin Cabar Rekod Fara Fauzana

Leave a Reply