Najib Gembira Dengan Transformasi Undang-undang Negara

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gembira dengan perkembangan positif transformasi undang-undang di negara ini.

Pada masa sama beliau juga gembira dengan keberkesanan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang diperkenalkan tahun lalu bagi melindungi hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara seperti yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam entri terbaharu beliau di laman Facebook hari ini, Najib berkata kegembiraan mengenai perkara itu dinyatakannya semasa menyampaikan ucaptama sempena perasmian Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung Dengan Keselamatan dan Hak Asasi dan Tanggungjawab: Harapan dengan Cabaran di sini, Isnin lepas.

“Dalam ucapan tesebut, saya menyatakan kegembiraan saya terhadap perkembangan positif transformasi undang-undang di negara ini serta keberkesanan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang diperkenalkan tahun lalu,” katanya.

Persidangan tiga hari itu dianjurkan oleh Jabatan Peguam Negara Malaysia, Razak School of Goverment (RSOG) dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia yang bertujuan memberi penjelasan lanjut mengenai transformasi beberapa bahagian undang-undang yang sedang dilakukan khususnya berhubung keselamatan serta hak dan kebebasan asasi.

– BERNAMA

Artikel disiar pada 17/01/2013 - 9:00 pm oleh EDITOR


    Leave a Reply


HAK CIPTA © 2012-2013 SUARA GENERASI BARU
Emel : suaragenerasibaru@gmail.com
Gunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 X 768 untuk paparan terbaik