Pusat Hiburan “Tarian Tiang” Boleh, Tahun Baru Cina Banyak Pula Syaratnya…

    Saya agak terkejut dengan kenyataan “alim-alim kucing” Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang menetapkan garis panduan kepada majlis Sambutan Tahun Baru Cina 1Malaysia yang dibakal diadakan di negeri Kedah.

    Dalam kenyataan tersebut, dia mahu majlis berkenaan mengikut kod etika pemakaian sopan dan hanya menyajikan lagu-lagu yang berunsurkan ketuhanan, nasihat dan nilai-nilai murni.

    Pada saya, keputusan Kerajaan PAS Negeri Kedah itu boleh dikatakan sebagai “double standard” dan hipokrit sekiranya dibandingkan dengan perlaksanaan dasar kerajaan negeri pimpinan Azizan Razak itu.

    Sebagaimana maklum, beberapa pendedahan media sebelum ini jelas menunjukkan betapa Kedah kini bertukar wajah menjadi seolah-olah “mini-Thailand” dengan kebanjiran pusat-pusat hiburan.

    hb2

    Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi sendiri mengaku meluluskan lebih banyak pusat-pusat hiburan baru dan menggalakkan agar pemilik-pemilik pusat hiburan haram yang ada supaya memohon lesen pada Kerajaan PAS itu dengan segera.

    Menurut tinjauan di beberapa media, terdapat pusat-pusat hiburan di negeri itu yang menyajikan “tarian tiang” dan menghidangkan gadis-gadis seksi di atas pentas yang menari ghairah bagi seseuah sambutan, termasuk sambutan tahun baru, baru-baru ini.

    Kalau arak, tak payah cakaplah, memang ia menjadi “menu utama” bagi para pengunjung pusat-pusat hiburan di negeri Jelapang Padi itu.

    Tiba-tiba pula Azizan meletakkan pelbagai syarat pada majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Kedah?

    Kalau nak sabotaj, buatlah sabotaj betul-betul. Kalau tak mahu benarkan program 1Malaysia diadakan di Kedah, Azizan berterus-terang sajalah. Tak payahlah nak berdolak-dalih dengan mengenakan syarat-syarat begitu.

    Sebenarnya, masyarakat Tiong Hua di negara ini sudah arif benar dengan sensitiviti masyarakat Malaysia, khususnya bangsa Melayu yang beragama Islam, dan mereka juga sedar tentang batas-batas yang perlu dipatuhi ketika menyambut Tahun Baru Cina.

    Lagipun, sudah berpuluh tahun masyarakat Cina di negara ini menyambut Tahun Baru Cina dan mereka faham tentang sambutan perayaan mereka itu berkonsepkan keharmonian kaum yang tersemai sebelum ini.

    Jadi, kalau PAS Kedah fikir kaum Cina tidak tahu cara terbaik untuk mereka menyambut Tahun Baru Cina, maka jelaslah bahawa PAS Kedah silap besar dan tidak kenal kaum kedua terbesar di negara ini. PAS Kedah anti kaum Cina ke?

    Artikel disiar pada 18/01/2013 - 1:34 pm oleh SGB Khairi Kedah

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube

    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI