Rooney Selamatkan United

Oleh: EDITOR | 17 January 2013 SUKAN| Add Comment »



MNCHESTER — Rooney digelarkan wira dalam perlawanan walaupun telah gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan. Namun, beliau telah membawa pasukan ke peringkat ke empat untuk bertemu Fulham.

Rooney gagal untuk memanfaatkan dari sepakan penalti dalam babak kedua – kali ke lima United telah gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti pada musim ini.

Beliau telah mengalami kecederaan lutut pada hari Natal sebelum menerima berita yang buruk tentang kematian adik kepada isteri Coleen pada pagi 5 Januari.

Ia merupakan jaringan gol ke sembilan bagi Rooney pada musim ini tetapi rekod itu kurang memuaskan sejak Robin van Persie, Hernandez dan Danny Welbeck tiba di pasukan untuk menyerlah sambil meningkatkan prestasi kubu serangan Sir Alex Ferguson.

Ia juga kelihatan seperti kesebelasan pasukan United telah berjuang untuk membuktikan bahawa pasukan tidak hanya bergantung kepada sumbangan Van Persie.

Anderson yang juga telah melakukan penampilan kembali dari kecederaan amat memuaskan apabila beliau membantu Hernandez dalam jaringan gol Rooney. Beliau juga telah memberikan hantaran kepada Nani hanya untuk menyaksikan percubaan pemain itu tersasar.

United jelas lebih mengancam memandangkan West Ham telah mengalami banyak masalah kecederaan yang turut menjejaskan benteng tengah padang.

West Ham hampir menyamakan kedudukan apabila Rafael tersentuh bola tetapi pengadil Phil Dowd tidak menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan lawan.

– ESPNStar

Leave a Reply