Saints Halang Kemenangan Blues

    LONDON — Chelsea dikecewakan sekali lagi di padang sendiri apabila mereka gagal memanfaatkan kelebihan dua gol untuk mengatasi Southampton.

    Demba Ba yang telah menjaringkan gol ke 14 dalam saingan Liga Perdana Barclays pada musim ini dan Eden Hazard telah membawa Chelsea ke depan dan mereka kelihatan selesa untuk menang perlawanan di padang sendiri sejak Hari Natal.

    Namun, Rickie Lambert berjaya menanduk bola masuk gawang hanya tiga minit diturungkan dalam perlawanan Jason Puncheon yang berjaya menyamakan kedudukan bagi pasukan Southampton.

    Sejak meraih kemenangan besar 8-0 ke atas Aston Villa pada 23 Disember, Chelsea telah ditewaskan di padang sendiri dengan QPR dan Swansea dan kini terikat seri dengan kelab corot Saints.

    Pada mulanya, pengurus Rafael Benitez tidak dicemuh memandangkan beliau telah meletakkan Ba dalam kesebelasan pasukan dan Frank Lampard di tengah padang.

    Namun, setelah Pep Guardiola mengesahkan bahawa beliau akan mengambil alih kelab Bayern Munich, cemuhan terhadap Benitez agak jelas pada akhir perlawanan.

    Satu pungutan mata itu tidak dijangkakan oleh Southampton memandangkan mereka dikalahkan 5-1 oleh Chelsea dalam saingan Piala FA hanya sebelas hari yang lalu. Namun, semata itu telah meningkatkan mereka jarak tiga mata di atas zon relegasi.

    Selain dari Ba dan Lampard, Benitez juga telah menurunkan Oscar dan Gary Cahill, kedua-dua pemain yang telah meraih kemenangan 4-0 menentang Stoke.

    Ia terbukti berbaloi bagi para peminat apabila Lampard membantu Ba untuk membuka tirai perlawanan.

    Kepten Chelsea itu melulusi Luke Shaw untuk masuk ke kotak penalti sebelum meberikan hantaran kepada Ba yang terus menyepak bola masuk gawang.

    Chelsea hampir dikejutkan apabila Jay Rodriguez memberikan sepakan jarak jauh sebelum dihalangkan oleh Davies yang berjaya memesong bola keluar dari kotak penalti.

    Kejutan itu telah menyemarakkan semangat Chelsea apabila mereka menambahkan mata hasil usaha Hazard yang menyempurnakan percubaan Ramires yang telah melantun ke tiang gawang sebelum itu.

    Babak kedua bermula dengan selesa di mana Southampton hampir dikecewakan lagi sementara Chelsea kelihatan selesa dengna epnguasaan perlawanan.

    Pengurus Nigel Adkins melakukan penggantian: Lambert untuk mengambil alih tempat Rodriguez setelah tempoh 55 minit. Ia membuahkan hasil apabila pemain gantian itu menjaringkan gol hanya tiga minit kemudian.

    Nathaniel Clyne menguji Hazard di bek kanan dan telah memberikan umpanan jauh kepada Lambert yang terus mengambil kesempatan ke atas ruang yang diberikan oleh kubu pertahanan Chelsea untuk dan menandakan jaringan gol ke sepuluh beliau pada musim ini.

    Chelsea mula kelihatan terdesak dan berjaya menciptakan beberapa peluang hanya untuk menyaksikan kedua-dua percubaan Ba dan Lampard tidak menemui sasaran.

    Pada 15 minit terakhir, Southampton menyamakan kedudukan. Luke Shaw bergegas ke depan di bek kiri dan turut membantu Puncheon untuk menambahkan mata.

    - ESPNStar

    Artikel disiar pada 17/01/2013 - 4:00 pm oleh EDITOR

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube

    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI