PAS Tidak Tetap Pendirian Dalam Isu Kalimah Allah

Oleh: SGBSELANGOR_NAHAR | 18 January 2013 SUARA ANAK MUDA| Add Comment »



Pemimpin PAS menggemparkan Malaysia dengan menyetujui penggunaan kalimah Allah dalam Bahasa Melayu yang akan digunakan dalam Kitab Bible. Perkara ini menjadi tajuk-tajuk utama di dada akhbar dan media elektronik sehingga membangkitkan kemarahan rakyat. Namun terdapat segelintir penyokong pembangkang yang setuju dengan tindakan pemimpin mereka sehingga sanggup mengenepikan agama demi kepentingan politik.

Penggunaan kalimah Allah dalam bible Bahasa Melayu sengaja dibangkitkan semula oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akhir Disember yang lalu dan dilihat sebagai cubaan untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu dakwaan pemberian tanah balak di Gua Musang, Kelantan kepada dua pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham.

Rakyat mahukan penjelasan sebenar dengan setiap isu yang terjadi namun mereka mengalih perhatian dengan menimbulkan isu baru yang lain sehingga isu yang dibangkitkan menimbulkan kemarahan rakyat kerana isu itu berkenaan penggunaan kalimah Allah. ianya dilihat sebagai satu penghinaan terhadap agama Islam.

Lebih menggemparkan lagi apabila Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik mat bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam walaupun ianya menjadi hak orang Islam. Kata beliau,penggunaan kalimah Allah itu bagi memudahkan orang bukan Islam mengenali agama Islam dengan lebih mudah. Tidakkah perkara ini menjadi tanda tanya kerana terdapat cara lain lagi yang boleh digunakan?

Pernyataan Tuan Guru itu hanya pendapat beliau sendiri dan tidak bertanya pendapat ulama lain seperti Haron Din, mufti-mufti dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Tn Guru Hadi Awang juga telah memberi pernyataan yang sama terhadap isu ini sehingga ada kalangan ahli PAS yang keliru pemimpin mereka setuju dalam memberi hak kepada bukan Islam menggunakan perkataan Allah dalam Bible Bahasa Melayu.

Tidak seperti Dr. Haron Din yang mana beliau tidak bersetuju penggunaan kalimah Allah dalam Bible tersebut. Boleh dilihat disini bahawa ada penentangan secara dalaman namun Haron Din berpendidiran kerana menjaga kemaslahatan agama Islam. Bukan seperti pemimpin yang hanya buat keputusan demi kepentingan politik semata-mata.

Isnin yang lalu Majlis Syura PAS menggemparkan sekali lagi rakyat Malaysia apabila penggunaan kalimah Allah itu tidak boleh digunakan oleh bukan Islam malah digunakan dalam bible Bahasa Melayu. Apabila kita mendapatkan jawapan dari Nik Aziz dengan kontroversi sebelum ini beliau mengelak tetapi menukar pendirian dengan mengatakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh agama lain adalah mengarut.

Seterusnya bukan sahaja pemimpin seperti beliau yang menukar pendirian, malah Mat Sabu juga terpaksa akur dengan keputusan Majlis Syura PAS apabila tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. Mat Sabu menyokong keputusan Majlis Syura PAS dan menambah bahawa orang bukan Islam tidak perlu menggunakan perkataan dalam terjemahan teks agama mereka kerana ia tidak mencerminkan makna sebenar perkataan suci tersebut.

Isu ini menjadi kontroversi hangat selepas Lim Guan Eng menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan Kristian menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam Bahasa Melayu. Bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim dan pemimpin Parti Keadilan? Mereka tidak memberi sebarang komen bagi menjaga kesucian agama Islam. Jangan gadai agama kerana politik.

Kepada penyokong-penyokong pembangkang, tetapkanlah pendirian anda dalam menjaga agama dan bukan kerana mengikut apa yang dikata bulat-bulat oleh pemimpin anda. Teruskan berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Leave a Reply