Patrick Teoh diselar hina agama Islam

    KUALA LUMPUR 16 Jan. – Patrick, sila mohon maaf! Patrick Teoh sila tinggalkan Malaysia!

    Itu antara amaran yang diberikan oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan sikap `mulut lancang’ pelakon komedi dan penyampai radio, Patrick Teoh.

    Ini ekoran kenyataan Patrick yang jelas menghina agama Islam dan al-Quran dalam satu tulisannya di laman sosial Facebook.

    Pemimpin, orang ramai, artis dan peminat seni tempatan mula “menghentam” Patrick bertalu-talu di laman sosial bermula semalam.

    Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut membidas sikap buruk Patrick dalam Twitternya.

    “Saya berharap kenyataan itu bukan daripada Patrick Teoh, tetapi apabila dia meminta maaf, memang itu adalah dia,” kata Khairy.

    Antara artis yang meluahkan rasa marah pula ialah Datuk AC Mizal, Zed Zaidi dan Tomok.

    Patrick mengkritik peraturan Kerajaan Pas Kedah yang mengenakan undang-undang lebih ketat terhadap penampilan artis tempatan.

    Dia melahirkan rasa tidak puas hati dengan larangan mengadakan persembahan seksi dalam persembahan Tahun Baru Cina yang akan diadakan pada musim perayaan itu, di Alor Setar, Kedah pada 15 Februari depan.

    Bagaimanapun, tidak lama selepas tulisannya di Facebook mencetus kemarahan ramai, dia memohon maaf dan memadamkan entri berkenaan. – UTUSAN

    Sumber-

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130116/hi_09/Patrick-Teoh-diselar-hina-agama-Islam#ixzz2IDHNzCrB
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    Artikel disiar pada 16/01/2013 - 10:50 pm oleh EDITOR

    3 Responses to “Patrick Teoh diselar hina agama Islam”

    1. belia optimis says:

      banyak bunyi lak cina ni…

    2. Daeng Selili says:

      Kenapa dia berani?sebab islam dan orang melayu disini berpecah belah hancur luluh..lepas ini tgk ada lagi yang 2×5 mcm ini..seblum ini Ngeh koham…now dia..lepas ini apa?melayu kuyup…islam hanyut~

    3. rakyat prihatin says:

      Punca Orang Kafir Hina Agama Islam Adalah Berpunca Dari Umat Islam Sendiri Jangan Mahu Terus Mahu Marah Dengan Mereka Kita Pun Ada Salah , Adakah Segala Yang Dituntut Dalam Syariah Islamiah Kita Ada Patuhi , Ada Ke Tidak Kita Bawa Imej Islam Di Hadapan Orang Kafir

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube

    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI