Lynas : Bila Budak “Sastera” Bercakap Tentang Radiasi

Editor: EDITOR | Diterbitkan pada: 16 January 2013
Kategori: POLITIK | Add Comment »



Sudah agak lama saya tidak menulis mengenai isu Lynas yang digembar-gemburkan oleh Pakatan Haram sebagai sebuah kilang yang sangat merbahaya dan boleh menyebabkan rakyat di sekitarnya bermutasi, cacat atau mati.

Saya fikir isu tersebut telah “mati” setelah Mahkamah Tinggi Kuantan sebelum ini menolak permohonan injunksi interim “pencacai upahan” Pakatan Haram, sekaligus membuktikan kilang nadir bumi itu selamat untuk beroperasi.

Namun ketika hadir sebagai pemerhati di Himpunan “Shamsidar 1.0” di Stadium Merdeka baru-baru ini, saya terdengar pula kenyataan Anwar Ibrahim yang “gatal mulut” menyentuh mengenai isu tersebut.

Tak habis-habis lagi? Tak puas hati dengan keputusan mahkamah? Keputusan mahkamah untuk kes “Liwat II Anwar – Saiful Bukhari” boleh pula terima, ya? Sebabnya ia tidak memihak pada Pakatan Haram, ka? “Double standard” sungguh!

Dalam ucapannya, saya mendengar Anwar berkata…

“Business cannot outweigh environmental safety, which is why protecting the safety of the people of Kuantan cannot be an afterthought. KL112 says ‘No’ to Lynas” – Anwar Ibrahim, HKR, 12 Januari 2013.

Maksud Anwar, sebarang perniagaan tidak boleh mengenepikan soal keselamatan alam sekitar dan disebabkan itulah maka dia kononnya menolak Lynas semata-mata demi keselamatan rakyat di Kuantan.

“Baik sungguh” Anwar. Bunyinya seolah-olah dialah “Sivaji Da Boss” yang turun dari langit untuk membela rakyat Kuantan dari kilang Lynas yang boleh menamatkan riwayat hidup mereka. Bagaikan “hero tamil”, bukan?

Untuk pengetahuan Anwar, kilang Lynas yang besar “gedabak” di Gebeng, Kuantan , itu langsung tidak merbahaya dan tidak mampu membunuh sebagaimana yang dia katakan itu. Kadar radiasi yang dihasilkan oleh kilang Lynas hanyalah “seciput” dalam kadar 0.002mSv setahun!

Dan kadar itu sebenarnya sangat kecil jika dibandingkan dengan kadar radiasi yang jauh lebih tinggi dihasilkan oleh telefon bimbit (yang  guna bahan nadir bumi) yang kini dimiliki oleh kanak-kanak di sekolah rendah.

Kenapa Anwar “Da Boss” tak suruh saja “hempaskan” telefon bimbit masing-masing ke lantai? Ia lebih merbahaya dari Lynas, bukan?

Selain itu, puak-puak Pakatan Haram memang suka pakai Ipad, kan? Hari-hari mereka upload ceramah politik ke Youtube menggunakan iPad. Mungkin itu dibolehkan dan dianggap “radiasi sunat”…

Malah radiasi dari menghisap rokok pun jauh lebih tinggi, tapi semua pengikut Anwar Ibrahim baik dan tak hisap rokok kan?

Salah seorang “pencacai” Pakatan Haram yang dikenali sebagai aktivis “anti-Lynas”, Wong Tack, dalam ucapannya marah-marah dengan pembinaan kilang Lynas hanya kerana syarikat itu dimiliki “orang putih”.

Apa masalahnya dengan “orang putih”? Dia mahu kaitkan dengan “warna kulit”? Atau dia marah kilang Lynas itu milik “orang putih” dari Australia?

Apakah hanya orang hitam, hitam manis, sawo matang, kuning langsat dan selain dari “putih” sahaja yang layak berniaga di Malaysia? Selama ini sudah beratus-ratus syarikat “orang putih” masuk berniaga di Malaysia, kenapa dia tidak marah-marah suruh tutup?

Siapa Anwar dan Wong Tack untuk mengesahkan kilang Lynas itu selamat dari ancaman radiasi atau tidak? Mereka lulusan atom nuklear dari universiti mana? Anwar merupakan seorang pelajar jurusan sastera, apa yang dia tahu tentang radiasi?

Patutnya, mereka belajar dari yang pakar. Kalau di Malaysia, mereka boleh belajar dari AELB dan kalau nak belajar di luar negara, mereka boleh “disekolahkan” di IAEA. Kedua agensi atom peringkat nasional dan antarabangsa sememangnya pakar dalam bidang ini.

AELB dan IAEA sendiri sudah sahkan kilang Lynas itu selamat dan tak mampu membunuh sesiapa pun. Malah kilang itu sebaliknya memberikan rezeki kepada ratusan penduduk Kuantan untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik!

Jadi, kalau Anwar atau Wong Tack nak menipu sekali pun selepas ini, tolonglah jangan sentuh tentang Lynas. Saya khuatir nanti mereka berdua diketawakan orang pula. Sudahlah “bodoh sombong”, ada hati nak menipu rakyat? Silap besarlah…

Sumber : MyKmu.Net

Leave a Reply