Belia Labuan Serah Bantuan Pakaian Terpakai Untuk Etnik Rohingya

    LABUAN — Jabatan Belia dan Sukan Labuan dengan kerjasama beberapa agensi dan swasta termasuk Majlis Belia Labuan telah berjaya mengumpulkan sejumlah pakaian terpakai dalam Program Rakan Muda Komuniti IM4U untuk dihantar bagi membantu Etnik Rohingya, Myanmar.

    Majlis penyerahan bantuan pakaian terpakai ini telah diadakan di Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Membedai dan telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan En.Rozman Datuk Isli yang juga merupakan Setiausaha Kehormat UMNO Bahagian Labuan. Turut hadir pada majlis ini ialah Pegawai Memerintah Markas Divisyen, Pengarah Jabatan Belia & Sukan serta Presiden Majlis Belia Labuan,

    Turut berada dilokasi adalah sebahagian dari anggota TUDM, pegawai dan kakitangan Jabatan Belia & Sukan Labuan dan para media tempatan.

    Terdahulu sebelum itu, En.Rozman Datuk Isli dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah kepada keprihatinan pihak penganjur dalam mengumpulkan pakaian terpakai ini dan dapat sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan penerima ini nanti.

    Seterusnya beliau turut menyarankan agar usaha-usaha sebegini patut diteruskan di masa-masa akan datang untuk membantu bukan saja tertumpa pada satu kaum malahan merangkumi semua bangsa dan sempadan.

    Beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak TUDM yang turut memberikan kerjasama dalam menjayakan misi kemanusian ini dengan menjadi pengangkutan utama untuk menghantar pakaian terpakai ini.

    1224_254543634676055_2091132405_n

    Artikel disiar pada 17/01/2013 - 7:30 am oleh anak_pejuang

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube

    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI