Program Jalinan Murni Bantu Masyarakat Orang Asli Hulu Selangor

Editor: SGBSELANGOR_NAHAR | Diterbitkan pada: 16 January 2013
Kategori: BERITA SGB | Add Comment »



HULU SELANGOR — Lebih 2000 orang daripada 1046 keluarga orang asli dari 16 buah kampung di Hulu Selangor menyertai Program Jalinan Murni yang telah diadakan di Padang Sekolah Menengah Hulu Selangor pada ahad yang lalu.

Program yang dianjur oleh Yayasan 1MDB (1MalaysiaDevelopment Berhad) ini bekerjasama dengan Ehsan Perdana, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Parlimen Hulu Selangor.

Penyerahan bantuan yang ditaja 1MDB ini berupa barang dapur dan ubat-ubatan bernilai RM180 bagi setiap keluarga. Selain itu turut diserahkan pakaian uniform sekolah, alat tulis dan keperluan serta wang tunai RM100 kepada setiap pelajar. Keseluruhan perbelanjaan yang ditaja 1MDB ialah sebanyak RM337,920 bagi membantu mereka yang kekurangan.

Program ini dianjurkan dengan tujuan mengurangkan beban keluarga orang asli dan supaya mereka dapat menjalani hidup seperti orang lain. Program yang bertujuan mengeratkan silaturahim ini juga bagi mendapatkan kerjasama erat dalam kalangan penduduk Hulu Selangor.

Turut hadir dan menyampaikan sumbangan ini ialah Ahli Parlimen Hulu Selangor iaitu YB P.Kamalanathan dan juga Pengerusi BN Hulu Selangor, Dato Mohamed Idris Bakar.

photo_1.jpg.scaled.500
photo_2.jpg.scaled.500
photo_4.jpg.scaled.500

Leave a Reply