Tahniah PM Atas Anugerah Doktor Kehormat

    image

    SHAH ALAM — Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib bin Tun Razak telah dianugerahkan Doktor Kehormat oleh Universiti Ohio bagi pencapaian beliau dalam pendemokrasian pendidikan dan perpaduan.

    Anugerah yang diberikan oleh Universiti Ohio ini disampaikan oleh David Brighbill sebagai mewakili pihak Presiden Universiti Ohion iaitu Roderick McDavis. Upacara penyampaian anugerah ini adalah sempena meraikan perkongsian antara Universiti Ohio dengan kerajaan Malaysia dan telah diadakan di Kuliah ke-9 Tun Abdul Razak.

    Dalam petikan anugerah yang dibaca oleh David Brightbill, beliau berkata anugerah doktor kehormat ini memberi pengiktirafan kepada kepimpinan Najib dan pengaruh beliau dalam bidang pendidikan serta komitmen yang jelas terhadap demokrasi di Malaysia serta pemodenan Malaysia sebagai sebuah negara yang sering melakukan transformasi.

    ‘Dato Sri Najib juga memenuhi keperluan bagi mencapai anugerah itu berdasarkan rekod pencapaian cemerlang beliau sebagai pemimpin kebangsaan dan antarabangsa yang berurusan dengan masalah masyarakat yang hidup dalam keadaan yang mendesak’. sambung Brightbill lagi.

    Anugerah tersebut juga turut dihadiri dan diraikan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Ohio iaitu DR Ming Li dan Penolong Pengarah Dr Bryan Benchoff.

    Najib dalam ucapan penerimaannya terhadap anugerah tersebut merasakan ianya anugerah yang tidak ternilai untuk diri beliau dan penghormatan yang tinggi daripada Universiti yang tersohor di Amerika itu. Peranannya dalam pembangunan Malaysia juga telah membuka mata rakyat asing dalam memberi anugerah dan penghormatan yang sekaligus memberi semangat untuk beliau lebih melakukan transformasi.

    ‘Sejak 1968, Universiti Ohio telah bekerjasama dengan dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM), membantu membangunkan banyak program perniagaan, perakaunan dan komunikasi yang diperlukan untuk melatih bakat muda negara’sambung Najib lagi.

    “Kami telah menubuhkan sebuah negara baru tetapi kita masih mempunyai sesuatu untuk menjalin hubungan sosial yang baru dan mengubah ekonomi kita. Kami memerlukan usahawan yang dinamik, institusi yang kukuh dan mesra perniagaan serta penjawat awam yang professional.”

    Lebih daripada 2,400 rakyat Malaysia telah lulus dari Universiti Ohio, ianya kumpulan alumni terbesar di luar negeri Ohio sendiri. Pemodenan Malaysia banyak bergantung kepada jurutera yang dilatih di Ohio untuk membina jambatan dan bangunan. Akauntan dan graduan perniagaan juga membantu mewujudkan sektor swasta yang kukuh dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

    Malah guru dan profesional memastikan bahawa kemahiran yang dipelajari di Ohio telah tertanam dalam institusi Malaysia.

    ‘Hubungan antara institusi pendidikan boleh dilihat sebagai tanda kerjasama antara Timur dan Barat’. sambung beliau lagi.

    Turut hadir semasa anugerah semalam ialah isteri Dato Sri Najib Datin Seri Rosmah Mansor, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Datuk Paul Jones, dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin.

    Artikel disiar pada 16/01/2013 - 6:12 pm oleh SGBSELANGOR_NAHAR

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube
    Recent Posts
    @PortalSGB_



    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI