DAP Punca PAS Berubah?

    Namun, kehebatan dan kegemilangan begitu kini sudah tidak wujud lagi, kenapa? Inilah persoalan yang hendak dibincangkan. Kenapa keadaan ini boleh berlaku, sedangkan pemimpin – pemimpin yang tegas seperti Hj. Hadi, masih ada. Malah lebih berkuasa selaku seorang presiden parti. Tidak lain, semua ini berpunca dari mengejar madhiah atau pun cinta dunia. Gila kuasa, gila pangkat dan gila kumpulkan harta. Parti sudah menjadi batu loncatan dalam mencapai matlamat ini. Apakah ianya benar?

    Apa yang sedang berlaku di Kedah sekarang merupakan simbolik terjemahan kepada pendekatan baru Pas, iaitu ‘mengulamakan intelek dan mengintelekkan ulama’. Kalau dulu, orang yang tidak memakai kupiah atau berbaju batik, rasa segan ke majlis Pas, sekarang sudah terbalik.

    Orang yang berserban dan kupiah pula tersipu – sipu masuk ke majlis Pas. Tidak ada lagi istilah sunnah dan pahala bila berserban dan jubah. Di kalangan pemimpin Pas pusat, boleh di hitung dengan jari siapa yang memakai serban. Lebih ramai yang apa – apa pun tak pakai, kosong. Istilah orang Kedah kata ‘dogiang’.

    Sikap begini merupakan sikap majoriti pimpinan Pas sekarang. Amalan budaya 20 tahun yang lalu, kini dianggap terlalu remeh, jumud dan buang masa untuk dibincangkan. Masyarakat hari ini sudah terlalu terbuka, maka Pas perlu rasional dalam semua hal. Keutamaan sekarang adalah bergerak menuju ke Putrajaya.

    Dalam mencapai matlamat itu, pedulikan dulu apa juga yang ada di kiri kanan lebuhraya ke Putrajaya. Jika ada sesuatu hukum, prinsip dan kaedah yang menghalang, andai perlu tafsir semula, elok juga dipertimbangkan ke arah itu.

    Kemenangan Pas Kelantan sekurang – kurangnya telah membuka mata segelintir pemimpin Pas di peringkat pusat, negeri mahupun kawasan. Mereka juga berpeluang hidup mewah setelah bergelar YB Pas. Ada yang hanya beberapa bulan jadi YB telah menukar kereta baru, rumah baru dan tinggal di hotel mewah semasa hadir mesyuarat di parlimen.

    Tak kurang juga yang menambah isteri baru yang lebih muda, lebih cantik. Tak cukup dalam Negara, pergi cari di luar Negara. Istilah kata, mulai lupa daratan, cacing telah naik ke mata. Kenapa sanggup berhutang dengan bank untuk membeli kereta baru atau rumah baru. Di mana istilah riba yang pernah dipersoalkan dulu?

    Tun Dr. Mahathir satu ketika pernah mencadangkan supaya tafsir al-quran oleh ulama lalu dikaji semula supaya sesuai dengan keadaan semasa berdasarkan pandangan ulama terkini. Walaupun pada dasarnya pimpinan Pas menentang cadangan itu, nampaknya secara diam – diam mereka mendahului ulama Umno.

    Kalau dulu ulama Pas kata bercampur pemerintahan dengan orang kafir haram, sekarang mereka pula memilih DAP sebagai kawan. Kononnya ada maslahah, ada tujuan dan matlamat. Semata – mata berpakat untuk jatuhkan BN/Umno. Selepas itu, kalau nak bergaduh sesame anggota pakatan, tak menjadi hal lagi.

    Dalam persidangan DUN Kedah pada 2 Ogos 2010, MB yang juga seorang ulama Pas menjelaskan bahawa pihaknya belum mengasingkan lagi sumber kewangan Kerajaan Negeri yang halal dan haram. Jadi, wang hasil premis judi, arak, lesen anjing digaul semangkuk dengan hasil wang halal.

    Dulu, pimpinan Pas berbuih mulut, kering tekak dan busuk peluh berceramah atas isu ini. Mendesak kerajaan BN/Umno pimpinan Tun Dr. Mahathir mengasingkan sumber kewangan halal dan haram.

    Pimpinan Pas pernah mempertikaikan kerajaan BN/Umno memberi wang sumber haram pada umat Islam untuk bangunkan masjid, surau, dewan orang ramai, sumbangan kebajikan pada fakir miskin dan lain – lain usaha kebajikan. Mengapa setelah 2 tahun lebih berkuasa MB Pas yang lebih faham Islam dari Umno, melakukan kerja – kerja yang sama seperti kerajaan BN/Umno dulu.

    Bertambah pelik apabila ramai ulama Pas pusat dan negeri memuji MB Kedah kononnya pandai memerintah, seorang yang toleran. Biar pun judi, arak, pusat hiburan dan bermacam maksiat makin berleluasa.

    Artikel disiar pada 22/01/2013 - 12:44 pm oleh SGBSelangor

    Leave a Reply

    facebooktwitteryoutube
    Recent Posts
    @PortalSGB_



    | BERITA AM | SUKAN | KOLUMNIS | JENAYAH | SUARA ANAK MUDA | POLITIK | HIBURAN | GAJET |
    HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013-2014 SUARA GENERASI BARU
    ADMINISTRATOR | HUBUNGI KAMI