Isu Kiblat 69 : Ameno World Nyanyuk UMNO Kan Kafir..

Editor: EDITOR | Diterbitkan pada: 15 January 2013
Kategori: SUARA ANAK MUDA | 1 Comment »



Geli hati penulis baca artikel dari blog amenoworld.blogspot.com tentang isu solat pelbagai kiblat yang berlaku semasa himpunan kebangkitan rakyat #KL112 baru-baru ini.

Penulis rasakan blogger ameno world ini dah sama nyanyuk macam Nik Aziz hinggakan dia lupa UMNO ini kan kafir. Rasa-rasanya apa yang penulis maksudkan ini?

Dalam penulisannya, dia dengan marah dan siap maki BODOH lagi, dia persoalkan kepada sesiapa yang  merakam adegan solat pelbagai kiblat ini (yang dia maksudkan orang UMNO) mengapa tidak menegur kesalahan yang berlaku ini.

Katanya jurukamera yang merakam ini sudah semestinya dapat melihat seluruh padang, jadi dapatlah melihat segala kesilapan yang berlaku dalam soal menentukan arah kiblat ini.

Ini kerana peserta himpunan yang berada diatas padang hanya mampu untuk nampak berhampiran sahaja.

Jadi dengan kata-katanya itu juga sudah jelas menunjukkan bahawa blogger ini secara tidak langsung akui bahawa adegan solat pelbagai kiblat ini adalah salah.

Tapi bukan itu yang penulis mahu ambil tahu. Yang penulis fikirkan, mengapa dia marahkan orang-orang yang pro-UMNO ini sebab tidak tegur kesilapan yang berlaku? Kan UMNO sudah difatwakan kafir oleh ulama mereka. Orang UMNO kan kafir jadi layakkah untuk menegur mereka?

Sedangkan mereka ini yang bangga hidung tinggi menggelar diri sebagai pejuang Islam, perkara seperti ini pun mereka cuai sedangkan solat bersebelahan sahaja. Mahu lebih jelas lihat gambar dibawah ini. Punyalah dekat dan tiada halangan mata memandang, itupun mereka tidak ambil kesah. Malah pejuang-pejuang mereka yang ramai disitu pun buat bodoh sahaja.

Jadi maksudnya mereka ini lebih bodoh bebal dari orang UMNO.

Kepada blogger ameno world, sebelum nak menyalahkan orang lain sila cermin diri dulu siapa yang lebih bodoh. Sendiri akui perkara ini salah, lepas itu tuding pula kesalahan ini pada orang lain.

Mengenai hal tidak mengetahui kiblat yang sebenar pula, mengapa pihak penganjur yang sudah sedia tahu dalam setiap program mereka sudah mesti para peserta akan bersolat di mana-mana sahaja. Jadi mengapa hal persiapan solat ini dilupai mereka? Walhal mereka sudah melakukan persediaan himpunan berbulan lamanya. Sepatutnya mereka menyediakan satu tempat khas di atas padang tersebut dengan arah kiblat yang betul untuk para peserta.

Alasan tidak mengetahu arah kiblat itu sungguh tidak boleh diterima. Di tengah-tengah kota metropolitan dengan masing-masing mempunyai kelengkapan teknologi yang maju, takkan lah arah kiblat pun tidak boleh dicari.

Ditambah pula, di stadium tersebut tiada surau kah?

Penulis lagi bertambah geli hati apabila blogger ini cuba membayangkan dirinya sekiranya menjadi blogger pro-UMNO, dia akan berjumpa dengan pihak penganjur untuk maklum hal tersebut dengan alasan politik adalah politik, hal solat ini perlulah diutamakan dahulu ditambah pula dengan memikirkan kita semua (UMNO-PAS) adalah bersaudara.

Boleh percayakah katanya itu? Rasanya kalau perkara serupa ini berlaku dalam program UMNO, sudah semestinya dia juga akan jadi jaguh balun. Ditambah pula alasan yang diberi agama lebih utama dari politik. Yang itu lagi penulis tidak percaya, sedangkan kalimah Allah pun mereka sokong diguna oleh bukan Islam (walaupun keputusan Majlis Syura Ulama sudah putuskan sebaliknya).

Dia juga mengaku bersaudara? Baru hari ini mengaku saudara walhal selama ini penulis orang UMNO dikafirkan mereka.

One thought on “Isu Kiblat 69 : Ameno World Nyanyuk UMNO Kan Kafir..

  1. mereka ini yang bangga hidung tinggi menggelar diri sebagai pejuang Islam, perkara seperti ini pun mereka cuai,sebelum nak menyalahkan orang lain sila cermin diri dulu siapa yang lebih bodoh. Sendiri akui perkara ini salah, lepas itu tuding pula kesalahan ini pada orang lain. kalimah Allah pun mereka sokong diguna oleh bukan Islam (walaupun keputusan Majlis Syura Ulama sudah putuskan sebaliknya).Kalau dah BODOH dan DUNGGU tu bagi nasihat apa pun tak guna.

Leave a Reply