Benarkah HarakahDaily Tepat Dari Sumber?

Oleh: 0a60a4xx | 17 January 2013 KOLUMNIS| Add Comment »



Sudah beberapa hari himpunan KL112 yang dipengerusikan oleh Mat Sabu berlalu namun cerita-cerita mengenainya masih lagi berlegar di alam siber. Bukan sahaja para blogger, media sosial juga masih menjadikan himpunan tersebut sebagai berita muka depan.

Tarikh 12 Januari 2013 dianggap sebagai tarikh bersejarah bagi para penyokong Pakatan Pembangkang yang menyifatkan Himpunan KL112 berjaya mencapai sasaran. Himpunan tersebut juga menurut mereka berjaya dijalankan dengan aman apabila tiada provokasi daripada pihak polis.

Namun, apa yang menjadi persoalan Wan Kuntum, benarkah selama ini pihak polis yang membuat provokasi sehingga tercetusnya kekecohan dalam siri himpunan yang dijalankan oleh Pakatan Pembangkang?

Pihak polis adalah sebuah badan beruniform yang telah diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara dan membanteras jenayah. Atas kapasiti apa pihak polis hendak membuat provokasi kepada puak-puak yang sedang berhimpun?

Stadium Merdeka menjadi pilihan Pakatan Pembangkang untuk dijadikan tempat berhimpun setelah mengadakan perarakan di jalan-jalan utama sekitar Kuala Lumpur. Stadium ini dianggarkan boleh menampung sehingga 30 ribu orang dalam satu masa. Jika hanya jumlah seramai 30 ribu orang sahaja, bagaimana mungkin boleh dikatakan himpunan ini berjaya mencapai sasaran sebanyak 1 juta peserta?

Berdasarkan kiraan daripada mana jumlah tersebut diperolehi? Adakah ianya telah disahkan?

Terbaru, HarakahDaily bertarikh 16 Januari 2013 ada menyiarkan di laman depan portal akhbar mereka tentang kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat. Menurut pengarangnya, kehadiran seramai 500 ribu peserta merupakan  amaran akhir rakyat kepada Barisan Nasional. Daripada mana pula datangnya jumlah tersebut? Di mana disumbatkan seramai 500 ribu orang di dalam stadium yang hanya berkapasiti 30 ribu orang itu?

Baiklah, jika diambilkira peserta yang berada di sekeliling Stadium Merdeka, bolehlah dikatakan terdapat lebih kurang 10 ribu peserta yang tidak dapat memasuki stadium. 30 ribu ditambahkan dengan 10 ribu, jumlahnya hanya lebih kurang 40 ribu peserta. Ianya masih jauh untuk mencapai angka 500 ribu apatah lagi 1 juta yang diwar-warkan sebelum ini.

Jika kiraan diambil berdasarkan gambar-gambar yang diuploadkan di youtube, facebook dan sebagainya, itu tidak menjamin ketepatan jumlah peserta yang datang. Walaupun nampak ramai peserta memenuhi stadium dan kawasan sekelilingnya, belum tentu jumlah sebenarnya seramai 500 ribu ataupun 1 juta.

500 ribu, kalau benar datangnya seramai itu, entah berapa Stadium Merdeka yang perlu disediakan untuk menampungnya. Benarkah HarakahDaily tepat dari sumber?

Leave a Reply